Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Redha Anak Mati Daripada...

JIKA satu perkara yang melibatkan nyawa orang yang tersayang, masihkah anda akan bersikap...

RM380,000 Baiki Sekolah Akibat...

KUALA TERENGGANU - Sebanyak RM380,000 peruntukan diperlukan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) bagi...

Sesco Perjelas Insiden Di...

MIRI - Sarawak Sesco Berhad berkata sekumpulan individu yang pergi ke kediaman seorang...

Rasuah: Empat Anggota Polis...

KUANTAN - Empat anggota polis dihukum penjara tiga tahun dan denda RM45,000 masing-masing...

“Kita Akan Lawan PH Habis-Habisan” – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Meskipun belum lagi mengumumkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memberi ‘amaran’ kepada Pakatan Harapan (PH).

“Kita akan lawan habis-habisan. Calon kita lawan calon PH habis-habisan.

“Umum calon ini bila-bila masa pun boleh asalkan sebelum hari penamaan. Jadi tarikh itu terpulang kepada strategi BN (Barisan Nasional) untuk umum,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Tambah Ahli Parlimen Pontian itu, beliau optimis dengan peluang BN di Tanjung Piai meskipun calon PH itu, Karmaine Sardini bertanding di Parlimen Pontian pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dalam PRU14, Ahmad menang kerusi Parlimen Pontian dengan majoriti 833 undi sahaja.

“Ada sebab tertentu. Pada PRU14, saya menerima dua PDM dari Tanjung Piai yang mana 5,000 undi masyarakat Cina tidak mengundi saya. Sekarang masyarakat Cina sudah berubah.


“Lagi satu, 2,000 undi Melayu dikeluarkan ke Tanjung Piai. Jadi berlaku peningkatan 6,000 undi pada beliau daripada 14,000 kepada 20,000. Jadi saya hilang 12,000 majoriti.

“Itu perkara yang berlaku ketika itu. Dalam persempadanan semula itu, (saya) menerima bahana ini,” katanya.

PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan susulan kematian penyandang kerusi itu, Allahyarham Datuk Dr. Md Farid Md Rafik, 42, akibat serangan jantung pada 21 September lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRK itu pada 16 November depan dengan Hari Penamaan Calon pada 2 November dan 12 November pula ialah Hari Mengundi Awal.

Kategori