Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pengebom Bunuh Diri Wanita...

MAIDUGURI - Seramai 13 orang terbunuh, manakala lima yang lain cedera, apabila seorang...

Penganjur Batal Himpunan Jerusalem...

MELAKA - Penganjur perhimpunan Jerusalem Jubilee telah membuat keputusan untuk membatalkan perhimpunan tersebut...

Peneroka Felda Nikmati Pelbagai...

ADA calon pembangkang yang sengaja memburukkan Felda. Konon peneroka Felda dianiaya dengan hutang. Malah,...

Remaja Tular Pukul Ibu...

MUHAMMAD Shukrey Mohammad Nasir, 15, yang memukul ibunya menggunakan tangan sehingga videonya tular...

Komik Tiada Kaitan DAP? Guan Eng Tulis Prakatanya – Najib

PETALING JAYA – Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus membuat hantaran di Facebook mempersoalkan DAP selepas ketua menteri Pulau Pinang dan ketua pemuda DAP menafikan parti itu mempunyai apa-apa kaitan dengan sebuah komik.

Dalam tulisan di media sosial itu Najib berkata, “seorang bernama Lim Guan Eng” yang menggunakan gelaran menteri kewangan dan setiausaha agung DAP menulis prakata dalam komik tersebut.

Beliau juga menaikkan gambar prakata komik “Inisiatif Jalur dan Jalan – Meraih Manfaat Bersama” oleh bekas pemimpin DAP, Hew Kuan Yau.

“Nama komik, nama Hew Kuan Yau dan nama PM ke-7 turut disebut oleh orang bernama Guan Eng ini.”

Najib menggesa Lim Guan Eng dan bapanya, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang memberi penjelasan.

Dalam pada itu, pemeriksaan oleh FMT mendapati halaman Facebook Hew telah dinyahaktifkan.


Antara pihak yang mengkritik keras Hew adalah ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menuduh beliau bersikap perkauman kerana memperkecilkan pihak yang menyokong kaum minoriti Uighur di China sebagai “ekstremis”.

Buku komik itu juga terdapat dalam satu gambar foto yang dipaparkan oleh Hew menunjukkan Presiden China, Xi Jinping meneliti komik berkenaan semasa pertemuan dengan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad bersempena Forum Jalur dan Jalan di Beijing, April lepas.

Jabatan Perdana Menteri sebelum ini berkata Mahathir tidak terlibat dalam penerbitan buku komik itu dan tidak maklum tentang kandungannya.

Ia juga berkata perdana menteri tidak memberi kebenaran gambarnya digunakan untuk apa-apa tujuan. – FMT

Kategori