Tuesday, September 17, 2024

Creating liberating content

Monyet Buat Kerajaan India...

NEW DELHI - Selain parti politik pembangkang, kerajaan turut berhadapan pencabar yang tidak...

Tiada Keperluan Potong Gaji,...

PUTRAJAYA - Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad menyifatkan tiada keperluan untuk memotong...

Usaha Mencari Remaja Hilang...

JOHOR BAHRU - Usaha mencari dan menyelamat seorang lagi mangsa yang hilang dalam...

15 + 6 =...

LUCKNOW - Seorang pengantin perempuan di India membatalkan majlis persandingan dirinya sendiri setelah...

Kompaun SPRM: 42 Individu, Entiti Akan Lapor Polis Dakwa Dianiaya

KUALA LUMPUR – Seramai 42 individu akan membuat laporan polis dan semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengeluarkan notis kompaun dakwaan menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Individu terbabit adalah ahli UMNO, MCA, MIC dan Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, kesemua individu yang tidak berpuas hati dengan notis uang dikeluarkan suruhanjaya itu kerana tuduhan dilakukan ketika prosiding mahkamah 1MDB dan SRC International Sdn. Bhd. masih berlangsung.

Selain itu Ahli Parlimen Pontian itu mendakwa jumlah kompaun yang ditetapkan sangat tidak berpatutan dengan jumlah dana yang diterima dari parti kerana ia digandakan sehingga 2.5 juta, selain tidak mengetahui dana itu daripada 1MDB seperti yang didakwa SPRM, katanya.

Tambah beliau, dakwaan SPRM itu tidak bercanggah dengan keterangan saksi SPRM dan Ambank semasa prosiding SRC International sebelum ini bahawa RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak adalah daripada kerajaan Arab Saudi.

“Satu sebab ialah gandaan yang dikenakan ada yang digandakan majoriti, 2.5 kali ganda, siapa terima RM1 juta digandakan tawaran menerima kompaun kepada RM2.5 juta.

“Satu lagi sebab kami tidak puas hati kerana kes SRC dan 1MDB masih lagi berjalan dan oleh kerana masih lagi berjalan maka pada pandangan kami apa yang dibuat SPRM mempunyai unsur melebihi kuasa bilakah kes SRC dan 1MDB boleh selesai?

“Mungkin 3 hingga 4 tahun dari sekarang sebab ada proses dan peringkatnya iaitu Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Persekutuan.


“Kenapa SPRM telah menuduh kami walhal kes itu masih dibicarakan di mahkamah,” kata Ahmad yang mewakili 42 individu itu pada sidang media di Menara Dato’ Onn hari ini.

Ahmad memaklumkan, kesemua individu terbabit akan membuat laporan polis secara berasingan di kawasan masing-masing selewat-lewatnya esok dalam usaha menggantungkan tindakan SPRM itu sehingga kes perbicaraan 1MDB selesai.

“Antara nasihat peguam terhadap kami, mereka akan memfailkan judicial review atau semakakan penghakiman supaya perkara-perkara yang diprejudiskan ini akan ada tempoh penggantungan misalnya bahawa tuduhan ini patutnya digantung sehinggalah kes Najib selesai di mahakamh kedua-duanya,” ujarnya.

Bekas Menteri Kewangan itu menambah, laporan polis yang akan dilakukannya itu berbeza kerana beliau tidak pernah menerima wang yang dikaitkan dengan 1MDB.

Untuk rekod, 42 individu dan entiti itu adalah antara 80 yang dikenakan kompaun oleeh SPRM mengikut Seksyen 92(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).

Perbicaraan SRC International melibatkan 7 pertuduhan terhadap Najib selesai Ogos lalu, dan kini sedang berlangsung prosiding 1MDB melibatkan 25 pertuduhan ke atas bekas Perdana Menteri itu. – MalaysiaGazette

Kategori