Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemuda PH Serah Memorandum...

PUTRAJAYA - Pemuda Pakatan Harapan hari ini menyerahkan memorandum kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan...

Datuk Roy Direman 4...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Jadi Sensasi Internet, Wanita...

SELEPAS munculnya kisah doktor lelaki paling kacak di laman sosial Instagram baru-baru ini,...

Penerbangan KT-JB Mula Sebelum...

KUALA TERENGGANU - Perkhidmatan penerbangan terus dari Kuala Terengganu ke Johor Baharu akan...

Laman Satira Ejek Kesilapan Bekas KPN Kongsi Artikel Parodi

PETALING JAYA – Laman satira, Tapir Times mengejek bekas ketua polis negara, Musa Hassan atas kesilapannya berkongsi satu artikel yang disiarkan akhbar satira Amerika Syarikat, The Onion.

Laman itu mengejek Musa sudah “dikeluarkan daripada semua dakwaan pembabitan dalam kes berterusan CIA (Agensi Perisikan Pusat)” selepas beliau berkongsi artikel bertajuk “CIA Issues Posthumous Apology After New Evidence Clears Osama Bin Laden Of Involvement In 9/11 Attacks”.

“Bekas ketua polis Malaysia itu tidak tahu apa yang anda perlukan hanyalah gerakan hati dan sebuah laman web untuk menyiarkan berita bodoh atas talian, beliau tidak lagi dianggap dalang berpotensi di sebalik sebarang siasatan berterusan CIA dan FBI,” sumber CIA mengesahkannya.

“Dalam satu kenyataan berasingan, Presiden AS, Donald Trump berkata, Encik Hassan dialu-alukan ke White House pada bila-bila masa untuk makan burger keju bersamanya.”

Musa yang enggan mengalah berhubung artikel disiarkan pada 10 Januari lalu itu selepas ramai pengguna Twitter memberitahunya The Onion ialah laman parodi, berkata kerajaan AS perlu mengeluarkan kenyataan untuk menafikan artikel itu.

Beliau yang menyifatkan artikel sebagai contoh kewartawanan tidak bertanggungjawab, berkata integriti CIA boleh dipertikaikan jika ia tidak menafikan laporan itu.

Hari ini, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, ternyata Musa tidak memahami maksud satira.


Katanya, Musa yang mengajar di Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadikan Malaysia “ejekan di Twitter”.

“Ini tidak menunjukkan kaliber dan kualiti pegawai tertinggi atau pendidikan universiti Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi UiTM patut menjadi salah sebuah sekolah dan agensi media yang memainkan peranan utama untuk mempromosi celik media nasional, daripada peringkat tadika ke universiti seperti di Finland dan negara lain yang prihatin mengenai bahaya berita palsu.

“Tetapi, bagaimana mereka boleh memainkan peranan itu apabila mereka jahil mengenai sifat Onion.com atau The Tapir Times?” – FMT

Kategori