Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Harga RON95, Diesel Diturunkan...

PUTRAJAYA - Harga runcit bahan api subsidi RON95 dan diesel diturunkan di bawah...

Netizen Puji Majlis Berbuka...

SIBU - Netizen memberi setinggi-tinggi pujian kepada majlis Berbuka Puasa Perdana peringkat Sibu...

Kes Sanusi Dipindah Ke...

SELAYANG: Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini, mengosongkan tarikh perbicaraan membabitkan dua...

Ameng Spring Pilih Al-Quran...

KUALA LUMPUR - “Tahun pertama dalam penjara, saya alami tekanan jiwa yang sangat...

Lebih 60,000 Pemandu E-Hailing Lulus PSV

LABUAN – Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, sehingga kini lebih daripada 60,000 pemandu e-hailing, telah lulus Lesen Vokasional Malaysia (PSV) seperti yang diwajibkan Kementerian Pengangkutan.

Katanya, pada masa ini selain pendaftaran bagi mendapatkan lesen berkenaan yang berterusan setiap hari, JPJ juga telah meluluskan kursus latihan secara dalam talian di beberapa pusat dibenarkan.

“Kami secara berterusan mengadakan pendaftaran, mengadakan peperiksaan secara ramai-ramai untuk pemandu e-hailing, jadi kami boleh mempercepatkan proses menyediakan mereka dengan lesen yang diperlukan.

“Di Lembah Klang sahaja, kira-kira 2,000 pemandu e-hailing menduduki peperiksaan setiap minggu, kami mendapat sambutan amat menggalakan daripada mereka yang menjalankan operasi perniagaan e-hailing. Kami tidak lihat sebarang masalah dan pada hujung tahun ini, kami jangkakan, kesemua pemandu e-hailing akan mempunyai lesen PSV,” katanya selepas program JPJ bersama Media di sini semalam.

Sementara itu, Shaharuddin berkata sehingga kini sejumlah 74,876 kenderaan telah didaftarkan JPJ di pulau bebas cukai dengan 1,577 buah kenderaan didaftarkan dari Januari hingga 24 Oktober.


“Ini menunjukkan pendaftaran kenderaan baharu di Labuan berterusan dan kami mahu memastikan kesemua kenderaan yang didaftarkan, mengikut peraturan dan undang-undang yang diperlukan,” katanya.

Shaharuddin berkata, bagi tempoh yang sama, seramai 1,801 pemandu baharu telah lulus lesen memandu masing-masing.

Kategori