Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Sahkan Terima Laporan...

KUALA LUMPUR : Polis mengesahkan menerima laporan mengenai dokumen tular yang didakwa kertas...

Bas Percuma Langgar Jentolak...

SABAK BERNAM - Seorang pemandu bas dan seorang penumpang berdepan detik cemas apabila...

Pukul Isteri Dengan Kayu...

Kluang : Lelaki di bawah pengaruh syabu ditahan manakala kayu dipercayai digunakan untuk...

Peminat ‘Restu’ Zul-Farah, Takkan...

GANDINGAN mantap antara pelakon Zul Ariffin dan pendatang baharu, Farah Nabilah kini kembali...

Lelaki Masuk Botol Pewangi Ketiak Dalam Kemaluan Tunang Direman

TEMERLOH – Polis menahan seorang pekerja kedai makan kerana disyaki merogol dan meliwat tunangnya di bilik sebuah kedai makan dekat sini pertengahan bulan lalu.

Difahamkan, dalam kejadian pada 13 September lepas itu, suspek yang berusia 21 tahun itu dikatakan sanggup bertindak kejam dengan memasukkan botol pewangi ketiak dan alat penyedut jerawat ke dalam kemaluan tunangnya.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, berdasarkan siasatan suspek yang berasal dari Johor mempedaya mangsa berusia 18 tahun ke biliknya dengan alasan mengambil telefon bimbit sebelum merogol mangsa.

“Suspek dipercayai menarik pengadu masuk ke dalam bilik tersebut dan menampar pengadu serta menendangnya di bahagian perut serta menarik rambut pengadu sebelum merogolnya.

“Suspek juga memasukkan beberapa objek iaitu botol kecil rexona, sejenis alat penyedut jerawat iaitu berbentuk seperti sebatang kayu pendek ke dalam kemaluan mangsa,” katanya di sini hari ini.


Dalam pada itu, katanya suspek yang ditahan semalam ditahan reman selama seminggu mulai hari ini bagi membantu siasatan.

Katanya, suspek disiasat mengikut Seksyem 376 Kanun Keseksaan, Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan Seksyen 377CA Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Kategori