Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Bursa Saham Meneruskan Kerugian

KUALA LUMPUR - Pasaran saham tempatan meneruskan kerugian dalam dagangan hari ini dipacu...

Syarikat Pajakan Kenderaan Guna...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan beberapa mangsa yang...

Guna Anjing Pengesan Jejak...

GERIK - Pasukan Bomba dan Penyelamat Gerik akan menggunakan khidmat anjing pengesan K9...

Gerakan Sedang Muktamad Tukar...

PUTRAJAYA - Gerakan sedang memuktamadkan rundingan untuk menukar lima kerusi Parlimen dan Dewan...

LTTE: 2 ADUN DAP Mahu Cabar SOSMA

DUA Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP yang ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) mahu mencabar penahanan mereka di mahkamah.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, salah seorang peguam yang mewakili ADUN berkenaan berkata, pihaknya akan meneliti perkara berkenaan.

“Namun, perkara itu perlu diteliti terlebih dahulu. Saya akan jumpa mereka (lagi) dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas berjumpa dengan dua ADUN itu di Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini.

Selain Ramkarpal, seorang lagi peguam mewakili ADUN berkenaan adalah Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer.

Mengulas lanjut perjumpaan itu, Ramkarpal berkata, dia bersama Rayer diberikan masa secukupnya untuk berjumpa dengan kedua-dua ADUN terbabit.

“Kami berjumpa mereka selama dua jam bermula 8.30 pagi tadi.

“Mereka berada dalam keadaan sihat dan pada 12 tengah hari nanti, ahli keluarga mereka pula akan melawat,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, setiap tangkapan yang dilakukan pihaknya bersebab dan mengikut prosedur operasi standard (SOP).


Harian Metro sebelum ini melaporkan tujuh individu termasuk dua ADUN dari Negeri Sembilan dan Melaka ditahan kerana disyaki terbabit dengan perjuangan kumpulan pengganas LTTE.

Mereka itu ditahan di Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah dalam operasi khas bermula 9 pagi hingga 2 petang, Khamis lalu.

Susulan itu, lima lagi individu termasuk guru, Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri dan ketua pegawai eksekutif (CEO) perbadanan anak syarikat kerajaan Melaka turut ditahan.

Ini menjadikan jumlah mereka ditahan setakat ini adalah seramai 12 orang.

Difahamkan, penahanan mereka kerana disyaki mempromosi, menyokong, menghasut, menggalak, mencari dana dan memiliki item berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). – myMetro Online

Kategori