Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pebilik Sewa Harga Rendah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan bercadang mewujudkan kediaman dengan kadar sewa rendah...

Polis Tahan 13 Lelaki...

NIBONG TEBAL - Polis menahan 13 lelaki atas pelbagai kesalahan dalam operasi pencegahan...

Kadar Positiviti 24 Kluster...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 24 kluster jangkitan COVID-19 di negara ini...

Kes COVID-19 Libatkan Petugas...

KUALA LUMPUR - Terdapat dua kes positif COVID-19 yang dikesan hasil ujian saringan yang...

Mahasiswa Berhimpun Di Parlimen Tuntut PH Tunai 5 Janji

KUALA LUMPUR – Sekumpulan mahasiswa hari ini berhimpun di luar Parlimen untuk menuntut kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) menunaikan lima janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 tahun lalu.

Antara janji itu ialah peluang sejuta pekerjaan, pelaksanaan gaji minimum yang lebih adil dan penghapusan tol dan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Pengarah Sekretariat Gerakan Desak Janji PH (Desak), Mohd Zofries Zulhilmi Ruslee berkata, mereka mahu gaji minimum dinaikkan kepada RM2,500.

Katanya, mereka turut kecewa kerana Belanjawan 2020 yang dibentangkan minggu lalu tidak menyentuh mengenai penghapusan hutang PTPTN dan pengurangan 18 peratus kadar tol secara purata berbeza dengan penghapusan tol yang dijanjikan PH.

“PH terus menyalahkan kerajaan lama atas beban hutang yang telah meranapkan usaha pendidikan percuma di Selangor.

“Kerajaan seharusnya tidak mengulangi kesilapan sama dan terus menuding jari,” katanya selepas demontrasi kira-kira 30 minit di luar bangunan Parlimen itu berakhir.

Desak yang turut dianggotai Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Malaya Youth Association (Malaya) dan Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM), menyerahkan memorandum kepada wakil pembangkang, Tuan Ibrahim Tuan Man untuk disampaikan kepada kerajaan.


Tuan Ibrahim berkata, kerajaan dilihat tidak prihatin terhadap mahasiswa kerana Belanjawan 2020 tidak menyentuh mengenai pinjaman PTPTN dan 350,000 peluang pekerjaan dalam masa lima tahun tidak cukup menampung keperluan graduan.

“Kita dapati sistem kerajaan tukar kerja tetap kepada kontrak juga membimbangkan mahasiswa kita. Harus lihat satu sistem betul bagi menjamin masa depan mahasiswa.

“Kita dukacita juga banyak graduan yang bankrap pada umur 20-an dan 30-an. Puncanya pinjaman kereta, perumahan dan peribadi.”

Timbalan presiden PAS itu berjanji akan membangkitkan desakan mahasiswa itu di Parlimen dan pertemuan dengan menteri berkaitan. – FMT

Kategori