Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

COVID-19: Malaysia Boleh Contohi...

KUALA LUMPUR - Malaysia boleh mencontohi pengalaman negara China dalam mengawal penularan COVID-19,...

Gadis 13 Tahun Hamil...

SEORANG remaja lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes rogol seorang gadis berusia...

Berat Naik, Aishah Buat...

AKIBAT kenaikan berat badan yang mendadak serta membimbangkan, penyanyi Aishah terpaksa menjalani pembedahan...

Izreen Azminda, Johan As’ari...

KEBIASAANNYA kebanyakan pelakon enggan berlakon bersama dengan seseorang yang pernah menjadi lipatan sejarah...

Mahasiswa Kecewa Tiada Peruntukan Belanjawan 2020

KUANTAN – Belanjawan 2020 yang disifatkan ‘semua orang gembira’ oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini ternyata tidak menggembirakan golongan mahasiswa.

Ahli Parlimen Belia Pahang, Anwar Ridhwan Muhammad Azhari berkata, golongan mahasiswa kecewa apabila tiada peruntukan khas untuk mereka terutamanya baucar buku sebagaimana dijanjikan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik pada sesi townhall di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) awal Mac lalu.

“Kekecewaan ini turut dirasai graduan yang baru menamatkan pengajian apabila tiada insentif baru mahupun diskaun Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Anwar Ridhuan berkata, Belanjawan 2020 itu tidak menyebut langsung mengenai PTPTN dan ia dilihat tidak selari dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang menjanjikan pelbagai insentif untuk mahasiswa dan belia.

“Justeru itu, dalam menjadikan pendidikan sebagai agenda utama negara, kerajaan sepatutnya memandang serius perkara ini dengan meletakkan golongan ini sebagai fokus utama dalam belanjawan akan datang,” katanya. – Sinar Harian

Kategori