Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Gomez Jamin Hanya Terbaik...

KUALA LUMPUR - Senarai lengkap pemain yang akan membarisi skuad Johor Darul Ta'zim...

Permohonan Halang Pemaju Masuki...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak dengan kos permohonan...

Inkues Adib: Sepucuk Surat...

SHAH ALAM - Tindakan peguam Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT), Syazlin Mansor yang...

Bigger, Harder, Longer-Lasting?

LAUNCHED in 2011, Male Extra is one of the leading male enhancement products...

Mahathir Beri Jaminan Kerajaan PH Tidak Zalim

PETALING JAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini memberi jaminan kepada rakyat bahawa kerajaan akan mentadbir negara ini mengikut peraturan undang-undang dan bukan berlandaskan undang-undang zalim seperti pentadbiran sebelum ini.

Perdana Menteri berkata, rakyat akan berasa selamat apabila kerajaan yang memerintah negara ini mengikut peraturan undang-undang.

“Undang-undang yang zalim menjadikan rakyat berasa amat tidak selamat kerana mereka boleh ditangkap dan ditahan tanpa perlu dibawa ke mahkamah undang-undang. Walaupun mereka (pentadbiran sebelum ini) menghapuskan undang-undang berkenaan, namun mereka gantikan dengan undang-undang lapuk yang lain.

“Namun kerajaan baharu akan memansuhkan undang-undang itu dan memperkenalkan undang-undang baharu. Malaysia perlu mempunyai undang-undang yang baik dan bukan undang-undang yang zalim,” katanya semasa berucap pada pelancaran Persidangan Perlembagaan dan Peraturan Perundangan LAWASIA, yang pertama di sini.

Turut hadir ialah Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan Presiden Majlis Peguam, Datuk Abdul Fareed Abdul Gafoor.

Kategori