Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Malaysia Simpati Kematian Kayla...

KUALA LUMPUR - Malaysia bersimpati dengan nasib warga Amerika Syarikat (AS), Kayla Mueller...

Video: Kemalangan Motosikal ‘Hantu’...

BOLEHKAH anda meneka dari mana datangnya pembonceng motosikal dalam video ini? Menerusi video yang...

Lelaki Tergemuk Britain Meninggal...

CARL Thompson yang diiktiraf sebagai Lelaki Paling Gemuk di Britain meninggal dunia, awal...

MH17: Malaysia Mahu Penglibatan...

BENTONG - Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia akan meminta...

“Kami Perlu Subsidi, Bukan Pinjaman” – Pekebun kecil

AMPANG – Persatuan mewakili pekebun kecil seluruh Malaysia menggesa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya mengembalikan subsidi tanam semula kelapa sawit, bukannya menggantikannya dengan mekanisme pinjaman berkadar rendah.

Persatuan Kebangsaan Pekebum Kecil Malaysia (PKPKM) berkata, sebelum ini kerajaan memberikan subsidi tanam semula kelapa sawit sebanyak RM7,000 bagi setiap ekar yang dimiliki.

Dalam belanjawan persekutuan yang dibentangkan baru-baru ini, kerajaan mengumumkan dana tanam semula kelapa sawit sebanyak RM550 juta kepada pekebun kecil, dengan kadar faedah dua peratus selama 12 tahun, termasuk moratorium selama empat tahun.

“Betul, kadar faedahnya rendah, tapi kami tidak mahu pinjaman. Kalau pinjaman, selepas menuai, kami tidak mendapat hasil penuh kerana terpaksa membayar pinjaman,” kata presiden PKPKM Aliasak Ambia kepada FMT.

Katanya, keadaan akan menjadi lebih buruk berikutan harga minyak sawit yang rendah.

Beliau seterusnya menggesa kerajaan supaya menimbangkan semula program pinjaman itu.

“Saya bimbang tanpa bantuan tanam semula, pekebun tidak terdorong untuk menanam semula dan ini akan memberi kesan ke atas pengeluaran dan ekonomi.”

Aliasak sebelum itu menyuarakan kebimbangan berhubung subsidi tanam semula dalam ucapannya pada pelancaran mesyuarat agung dwi-tahunan PKPKM hari ini yang turut dihadiri Dr. Mahathir Mohamad.

Katanya, beliau mengalu-alukan gesaan perdana menteri supaya pekebun kecil membentuk kumpulan, selain menambah kaedah terbaik untuk melakukannya ialah melalui koperasi.


Beliau berkata, tanah pekebun kecil tidak luas dan terpisah-pisah, jadi penubuhan syarikat dengan sejumlah kecil pemegang saham akan menyaksikan pekebun lebih kecil rugi.

Sebaliknya melalui koperasi, pemilik tanah diberikan saham sama banyak dan mengaut ganjaran serupa.

“Bagi saya ini adalah kemakmuran bersama,” kata Aliasak.

Katanya kini terdapat 65 koperasi getah dan 56 kelapa sawit, tetapi banyak daripadanya tidak berjalan secara profesonal dan aktivitinya terhad kepada kegiatan menanam dan menuai tanaman.

“Banyak koperasi hanya memainkan peranan sebagai pembekal, sedangkan wang sebenar berada pada industri hiliran.

“Kerajaan harus memulihkan koperasi. Cara ia diurus perlu diubah. Ia perlu melakukan lebih banyak aktiviti selain daripada menanam. Dengan cara ini kita boleh besarkan kek untuk ahli koperasi.” – FMT

Kategori