Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

‘Oh I terpotong You...

KURANG dua minggu lagi sebelum memasuki tahun baru, orang ramai nampaknya mengambil peluang...

4 Suspek Terbabit Kes...

Kuala Lumpur : Empat lagi suspek yang dipercayai terbabit kes rogol berkumpulan seorang...

Stigma Masyarakat Terhadap Coklat...

RUPANYA masih ramai orang Malaysia terutama yang beragama Islam masih tidak boleh menerima coklat...

Bendera Johor, Daerah Dikibar...

JOHOR BAHRU - Bendera Johor dan bendera daerah di negeri ini dikibarkan separuh...

Majistret Direman Disyaki Terima Rasuah

KUANTAN – Seorang majistret hari ini direman lima hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah sebagai balasan untuk tidak mengenakan hukuman penjara terhadap suspek kes penyeludupan rokok.

Reman bagi majistret berusia 38 tahun yang bertugas di sebuah mahkamah di Pahang itu dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman di Mahkamah Kuantan hari ini, bermula hari ini sehingga 27 Oktober depan.

Lelaki yang mengenakan pakaian kemeja berwarna putih itu dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuantan pada 11.20 pagi.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki ketika ditemui di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuantan mengesahkan penahanan reman itu.

“Kita memang ada terima maklumat (mengenai rasuah melibatkan Jabatan Kehakiman) dan ini berkemungkinan salah satu daripadanya,” katanya ringkas.


Pada 15 Oktober lalu, SPRM dilaporkan menerima 20 maklumat berhubung rasuah melibatkan Jabatan Kehakiman daripada awal Januari sehingga Ogos tahun ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Kategori