Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Trafik KL Awasi 10...

KUALA LUMPUR - Semasa perayaan Aidilfitri kali ini, pihak Trafik Kuala Lumpur akan...

QZ8501: 6 Mayat Lagi...

PANGKALAN BUN, Kalimantan – Kumpulan penyelam menemui enam mayat yang masih berada di...

Di Sebalik Runtuhan Kota,...

KOTA PALU (Sulawesi Tengah) - Di sebalik sisa runtuhan kota Palu, penduduk di...

Altimet Dedah Iqram Cuba...

SEJURUS lagu yang menjadi juara diumumkan pada Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) Ahad...

Majlis Presiden PH Tentu Jawatan PM – Mahathir

ASHGABAT – Dr. Mahathir Mohamad menegaskan hanya Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang akan menentukan kedudukannya sebagai perdana menteri.

Mahathir berkata, cadangan ahli Parlimen pembangkang supaya beliau kekal sebagai perdana menteri sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang adalah pandangan mereka sahaja.

“Itu pendapat dia orang, yang akan menentukan (saya sebagai perdana menteri) ialah Majlis Presiden PH. Kita yang akan putuskan.

“Kalau dulu dia (pembangkang) cadang saya jadi perdana menteri sebelum adakan pilihan raya umum (ke-14), dia ada hak nak suruh saya duduk lama atau bila sampai masanya,” kata Mahathir pada sidang media bersama wartawan Malaysia pada Ahad, sebelum mengakhiri lawatan rasmi dua hari ke Turkmenistan.

Khamis lepas, enam ahli Parlimen UMNO pada satu sidang media di lobi Parlimen, tampil memberi sokongan agar Mahathir meneruskan mandat sebagai perdana menteri sehingga PRU akan datang.

Enam individu berkenaan adalah Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar), Adham Baba (Tenggara), Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Ismail Abdul Muttalib (Maran) dan Ahmad Nazlan Idris (Jerantut).

Sementara itu, sewaktu sesi perbahasan pada persidangan Dewan Rakyat pada hari sama, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan turut memberi jaminan kesemua ahli Parlimen parti itu seramai 16 orang turut memberi sokongan kepada Mahathir.


Dalam pada itu, Mahathir yang berada di sini untuk lawatan rasmi dua hari bermula Ahad, mengulangi bahawa beliau tidak dapat meletakkan tempoh yang tetap untuk berlakunya peralihan kepimpinan negara.

“Saya janji tidak akan duduk lama, cuma saya berpendapat bahawa berasaskan pengalaman saya dulu saya boleh cuba betulkan segala kesalahan yang dilakukan oleh (bekas perdana menteri) Najib (Razak).

“Apabila saya berpuas hati, saya tidak akan teruskan (jadi perdana menteri) tetapi saya tidak dapat memberi masa tertentu kerana masalah negara ini (Malaysia) amat besar dan tidak mudah untuk kita selesaikan. Hutang kita banyak dan jentera kerajaan telah dirosakkan oleh Najib.

“Itu perlu dibetulkan lagi dan macam-macam masalah yang ditinggalkan oleh Datuk Najib. Sedikit sebanyak saya mempunyai pengalaman dalam menyelesaikan perkara ini,” katanya.

Mengikut perjanjian PH sebelum PRU14, Mahathir akan dilantik sebagai perdana menteri dan kemudiannya menyerahkan teraju kepimpinan negara kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim. Namun tiada tempoh masa khusus dinyatakan.

Kategori