KUALA LUMPUR – Kaum Melayu di negara ini malang kerana dibebankan dengan jenama rasis di bumi kelahiran mereka sendiri.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Melayu menerima nasib ini kerana keislamannya.
āKalau Melayu tidak menganut Islam seperti kaum lain, maka tidak dilabel rasis.
āAdakah keadaan ini disebabkan oleh penyakit Islamofobia yang sedang merebak sekarang?ā soalnya dalam status di FBnya malam ini.
Menurut Abdul Hadi, walaupun adanya peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang dikatakan menjamin hak istimewa orang Melayu dan bumiputera namun tidak mampu mengejar bagi mendapat tempat yang sama.
āBiarpun bangsa Melayu memegang kuasa politik, tetapi tidak mampu mempengaruhi perubahan ekonomi dengan mudah dalam suasana berkonsepkan politik kebebasan dan ekonomi bersaing yang tidak berakhlak dan bermaruah.
āMasalah utama bukannya rasis, tetapi hak mereka yang dilihat telah dipinggirkan di atas buminya sendiri oleh pihak lain. Apatah lagi situasi sekarang turut dipengaruhi oleh kegelojohan parti kaum yang ekstrem untuk mendapat kuasa politik di hadapan mata melalui amalan demokrasi yang dipengaruhi oleh sifat perkauman melampau dan tidak mengenang budi Melayu Islam terhadap mereka,ā kata Ahli Parlimen Marang itu.
Tambahan pula, kata Abdul Hadi, pengaruh penguasaan ekonomi digunakan melalui projek hartanah dan perumahan di kawasan bandar yang makin membangun dan meluas menghimpit Melayu walaupun secara sah mengikut undang-undang, apatah lagi secara haram melalui rasuah politik dan pentadbiran.
Keadaan yang tertekan semakin nyata menjadikan bangsa Melayu bersuara, kerana keadaannya tercabar, katanya.
āKini diumumkan pula kebenaran menjual rumah kepada makhluk asing kerana mengejar duit, pastinya Melayu juga menjadi mangsa.
āKalau Melayu rasis, maka sejak awal lagi bangsa pendatang tidak mendapat kerakyatan, hak berpolitik untuk menjadi ahli Parlimen, Menteri Besar atau Ketua Menteri, menguasai ekonomi, mengamalkan agama dengan bebas, menggunakan bahasa ibunda dalam pendidikan sehingga mencapai kedudukan sebagaimana yang ada ini,ā ujarnya lagi.
Menurut beliau, walaupun berlaku Peristiwa 13 Mei 1969 tetapi dapat disejukkan tanpa melarat dengan kejam kerana sifat Islam yang masih ada dalam diri orang Melayu yang beragama Islam supaya memperkenalkan Islam kepada bukan Islam tanpa paksaan.
Malangnya konsep dakwah memperkenalkan Islam tanpa paksaan juga dicabarnya.
āIngat! Islam mengajar orang Melayu bahawa kesabaran itu ada batas sempadannya. Hanya Melayu yang terlalu bodoh dan lemah roh Islam serta hilang jiwa bangsanya sahaja tidak peka, sehingga hilang jati diri di atas tanah airnya sendiri,ā tegasnya.
Menurut Abdul Hadi, kemunculan Muafakat Nasional dan Kongres Maruah Melayu menunjukkan kebangkitan Melayu tanpa mengira pembangkang, kerajaan, fahaman politik, NGO, ilmuwan dan mahasisiwa. Itu belum lagi dikerah seluruh rakyatnya sehingga ke pedalaman untuk bangkit mempertahankan hak.
Bahkan dinyatakan tuntutan hak Melayu yang tercabar dan terhimpit sahaja tanpa menunjukkan permusuhan terhadap kaum lain, katanya. – MalaysiaGazette