Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

UMNO Tangguh Mesyuarat Perwakilan...

KUALA LUMPUR - UMNO sekali lagi mengambil keputusan menangguhkan semua mesyuarat perwakilan bahagian...

Kes Prabu: Malaysia Hormati...

PUTRAJAYA - Kerajaan Malaysia menghormati kedaulatan undang-undang dan proses sewajarnya oleh Singapura yang...

PM Rungkai Kejayaan Negara...

KETIKA membuat pengumuman mengenai pembubaran Parlimen untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, Datuk...

Lebih 1,000 Belia Daftar...

KUALA LUMPUR - Lebih 1,000 belia termasuk penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) mendaftar...

Malaysia Hormati Keputusan Chile Batal APEC 2019

PUTRAJAYA – Malaysia memahami keputusan Chile untuk membatalkan persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2019 demi keselamatan pemimpin APEC dan delegasi.

Kementerian Luar Negeri menerusi kenyataan hari ini berkata, Malaysia mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Chile atas sumbangannya yang tidak ternilai sepanjang menjadi tuan rumah APEC 2019.

Ini bagi menjayakan objektif APEC, termasuk dalam bidang ekonomi digital, hubungan serantau dan peranan wanita dalam pertumbuhan ekonomi.

“Dengan selesainya Matlamat Bogor, Malaysia berharap untuk menjadi penganjur yang substantif bagi Persidangan APEC 2020,” katanya.

Semalam, Sekretariat APEC dilaporkan menghormati keputusan tuan rumah Sidang Kemuncak APEC 2019, Chile, yang membatalkan penganjurannya.

Pengarah Eksekutif Sekretariat APEC, Tan Sri Rebecca Fatima Sta Maria berkata, keselamatan dan kebajikan rakyat Chile serta anggota APEC menjadi keutamaan paling penting pada ketika ini.

“Presiden Sebastian Pinera, Pengerusi APEC Chile 2019, mengumumkan pertemuan Pemimpin APEC tidak akan diadakan di Chile tahun ini.


“Keselamatan dan kebajikan rakyat Chile serta anggota APEC menjadi keutamaan paling penting.

“Sekretariat APEC menghormati keputusan Chile membatalkan penganjuran pertemuan Pemimpin APEC,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa Malaysia bakal menjadi tuan rumah bagi APEC 2020.

Terdahulu pada awal pagi semalam waktu tempatan, pembatalan Sidang Kemuncak APEC Ke-27 yang dijadual berlangsung di Santiago, Chile, dimaklumkan dalam satu pengumuman khas.

Acara itu sepatutnya diadakan pada 16 dan 17 November. Pengumuman itu dibuat dalam ketegangan krisis politik dan protes besar-besaran yang berlaku di beberapa bandar raya utama negara itu. – BH Online

Kategori