Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Itali Denda FB RM40...

PIHAK berkuasa persaingan Itali mendenda Facebook sebanyak 10 juta euro (RM40 juta) kerana...

Seorang Penjual Daging Maut...

JOHOR BAHRU - Seorang penjual daging maut dipercayai ditetak dengan parang oleh seorang...

Ako Mustapha Tempelak Pelakon...

PELAKON senior, Ako Mustapha meluahkan rasa kecewanya terhadap industri seni tanah air berikutan...

Peminat Messi Terpaksa Lari...

Murtaza Ahmadi, pernah menjadi sensasi internet selepas gambarnya memakai kemeja -t bintang bola...

Malaysia Teruskan Projek RTS Dengan Kos RM3.16 Bilion

JOHOR BAHRU – Malaysia bersetuju meneruskan projek Laluan Sistem Transit Rapid (RTS) dengan kos terbaharu RM3.16 bilion.

Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kos terbaharu itu adalah penjimatan sebanyak 36 peratus atau RM1.77 bilion berbanding kos asal iaitu RM4.93 bilion.

“Kita akan teruskan dengan projek itu dan selesaikan sedikit isu kesesakan lalu lintas.

“Butiran projek akan dibincangkan bersama kerajaan Singapura,” kata Dr. Mahathir pada sidang media di sini, hari ini.

Pada 18 Oktober, Kementerian Pengangkutan Malaysia mendapat kelulusan kabinet untuk meneruskan projek Laluan RTS dengan perubahan kepada struktur, skop dan spesifikasi projek.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kewangan Lim Guan Eng; Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook; Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri.

Kategori