Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Video: Tindakan Lelaki Kena...

Pelik lagi memeningkan! Itu gambaran perihal kes yang baru berlaku di Korea Selatan...

14.79 Juta Tenaga Buruh...

PUTRAJAYA - Bilangan tenaga buruh di negara ini pada Disember 2016 adalah 14.79...

Lapangan Terbang Kerteh, Kemaman...

KEMAMAN - Lapangan Terbang Kerteh, Kemaman yang dibuka pada Jumaat untuk semua penerbangan,...

Hawar Berdarah: Lapor Segera...

KUALA TERENGGANU - Penternak lembu dan kerbau di Terengganu perlu melaporkan kepada Jabatan...

Mengaku Tak Salah Langgar Lari Peserta Marathon, Miliki Dadah

AMPANG JAYA – Pemandu wanita yang melanggar dua peserta Larian KL Marathon di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Kuala Ampang  di sini Ahad lalu, didakwa di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi. 

Bagaimanapun tertuduh Cham Shan Jer, 25, mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali. 

Mengikut pertuduhan pertama  tertuduh yang juga peniaga atas talian itu didakwa sebagai pemandu kereta telah memandu di jalan awam dengan cara melulu atau merbahaya kepada orang lain hingga menyebabkan kemalangan kepada Ler Wei Jack dan Faizul Shahrul Mohd. Salleh yang kedua-duanya berusia 44 tahun. 

Kesalahan itu didakwa dilakukan MRR2 Kuala Ampang, selepas susur Lebuhraya Bertingkap Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) menghala ke Gombak di sini pukul 6 pagi pada 29 September lalu. 

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan boleh dihukum dibawah peruntukkan sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 dan maksimum RM50,000 jika sabit kesalahan. 

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memiliki dadah berbahaya jenis Methamphetamine anggara berat 13.5 gram di dalam lokap Balai Polis Pandan Indah di sini pukul 4.30 pagi pada 30 September lalu. 

Bagi pertuduhan itu wanita itu didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara dua hingga lima tahun dan sebatan tiga hingga sembilan kali jika sabit kesalahan. 

Terdahulu Timbalan Raya, Nur Intan Syakieraah Zakaria menawarkan jaminan RM10,000 bagi pertuduhan pertama dan RM8,000 untuk pertuduhan kedua. 

Bagaimanapun peguam T.L Chen yang mewakili tertuduh memohon ikat jamin yang rendah kerana tertuduh mempunyai tanggungan keluarga. 

“Tertuduh merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun. Ini merupakan kesalahan pertama dan pohon satu jumlah ikat jamin yang rendah,” katanya. 

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Mohamad Firdaus kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 bagi pertuduhan pertama dan RM6,000 bagi pertuduhan kedua. 

Mahkamah kemudian menetapkan 18 November ini untuk sebutan semula kes. 


Isnin lalu pemandu wanita yang melanggar dua peserta Larian KL Marathon di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ditahan polis.

Suspek berusia 25 tahun yang juga penganggur itu ditahan pada pukul 11.10 malam di sekitar Jalan Taman Emas, Kepong.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, tangkapan dibuat selepas sebuah syarikat sewa kereta membuat laporan bahawa kereta jenis Honda City warna putih itu disewakan kepada suspek.

Hasil pemeriksaan pihak polis menemui enam pil erimin 5 dalam milikan suspek selain dia positif dadah.

Siasatan lanjut turut mendapati suspek mempunyai satu saman lampau membabitkan kemalangan jalanraya yang masih belum dijelaskan. 

Ahad lalu, dalam kejadian kira-kira pukul 6.20 pagi itu dua lelaki berusia 44 tahun yang juga merupakan peserta larian berkenaan sedang berlari di lorong kiri dari arah Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) menghala ke Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE).

Ketika sedang berlari melalui lokasi kejadian, sebuah kereta jenis Honda City yang datang dari arah Ampang menghala ke Gombak dipercayai telah gagal mengawal kenderaan dan melanggar kedua-dua lelaki tersebut.

Susulan perlanggaran itu, kedua-dua lelaki berkenaan telah terjatuh di atas jalan raya dan mengalami kecederaan manakala pemandu kereta itu pula bertindak meninggalkan tempat kejadian. 

Sewaktu kejadian berlaku, permukaan jalan adalah kering dengan cuaca yang baik dan terdapat kon bersama ‘blinker’ yang diletakkan di sepanjang laluan sebagai pembahagi lorong.

Ekoran kejadian itu salah seorang daripada mangsa mengalami luka di bahagian kaki dan menerima rawatan di zon hijau Hospital Kuala Lumpur manakala seorang lagi mengalami retak pada pinggul dan menerima rawatan di zon merah hospital sama. 

Kategori