Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Video: Penyampai TV Meninggal...

SEORANG penyampai televisyen rebah lantas meninggal dunia dalam keadaan tragis ketika sedang bertugas...

Kerajaan Malaysia Ke-8 Paling...

LONDON - Kerajaan Malaysia tampil bergaya apabila menduduki tempat kelapan paling cekap di...

Sivarraajh Nafi Lompat Parti...

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda MIC, Datuk C.Sivarraajh hari ini menafikan dakwaan Presiden...

Gadis Malang, ‘Anu’ Kena...

KEJAM! Tidak mampu untuk berkata apa-apa apabila melihat keadaan memilukan yang menimpa nasib...

Menteri Tidak Minat Hadir Dewan, Bubarkan Sahaja Parlimen

KUALA LUMPUR – Pembangkang hari ini mencadangkan Dewan Rakyat dibubarkan susulan kehadiran mengecewakan ahli Parlimen sepanjang persidangan.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya kecewa apabila Dewan Rakyat yang masih bersidang terpaksa dihentikan seketika susulan korum kehadiran tidak mencukupi.

Sekurang-kurangnya 26 Ahli Parlimen mesti berada di dalam dewan setiap kali berlangsung sesi perbahasan atau mengikut aturan mesyuarat Dewan Rakyat.

“Kejadian ini pernah berlaku tapi jarang. Kita lihat trend (kehadiran mengecewakan Ahli Parlimen) ini sejak Isnin lalu tapi seperti tidak diendahkan.

“Jadi lebih baik kita bubarkan saja Dewan Rakyat. Kita boleh dapatkan Ahli Parlimen yang baik, yang lebih rajin lagi (untuk datang sidang mesyuarat),” katanya ditemui media di lobi Parlimen, hari ini.

Loceng Dewan Rakyat dibunyikan seminit pada jam 4.06 petang berikutan korum kehadiran Ahli Parlimen yang tidak mencukupi.


Ismail Sabri berkata, ada ketika menteri dan timbalan menteri bertanggungjawab juga tidak kelihatan berada di Dewan Rakyat ketika sesi perbahasan berlangsung.

“Ketika kami dalam kerajaan dulu, perkara seperti ini sentiasa diambil perhatian.

“Sekarang perbahasan belanjawan, menteri dan timbalan menteri (kewangan) pun tidak berada di dewan. Ini cukup mengecewakan,” katanya. – BH Online

Kategori