Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kontrak: FAM, Maloney Belum...

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum mengadakan pertemuan dengan Ketua Jurulatih Skuad...

Kes Hina Agong: Catt...

KUALA LUMPUR - Polis telah berjaya menahan pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama...

Tam Spider Akui Kekok...

DOA vokalis kumpulan Spider iaitu Tam untuk memiliki anak perempuan akhirnya dikabulkan oleh...

Sudah 57 Tahun, Hari-Hari...

JAKARTA - Slamet Hari Natal, bukanlah sekadar ucapan bersempena sambutan Hari Krismas di...

MP BN Sokong Mahathir, Zahid Kata Itu Bukan Pendirian BN

KUALA LUMPUR – Sekumpulan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hari ini mengumumkan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad sehingga berakhir tempoh 5 tahun pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Mereka ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Mastura Mohd Yazid; Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd Shahar Abdullah; Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris; Ahli Parlimen Maran, Ismail Abd Mutallib dan Ahli Parlimen Lipis, Abdul Rahman Mohamad.

Dalam satu sidang media di bangunan Parlimen, mereka berkata peralihan kuasa hanya akan mengakibatkan negara menjadi “lingkup”.

“Pelabur asing dan tempatan sangat curiga dengan polisi semasa di Malaysia dan peralihan kuasa tidak akan memanfaatkan negara,” katanya Shahar.

Sementara itu, Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata, kenyataan barisan ahli Parlimen tersebut tidak mewakili suara rasmi parti itu.

“Itu cuma pendapat mereka, bukan pendapat parti,” katanya.


Minggu lalu ketika perbahasan di Dewan Rakyat, Anwar Ibrahim mendedahkan peralihan kuasa perdana menteri kepadanya terkandung dalam perjanjian dimeterai pimpinan PH pada 7 Januari 2018.

Beliau dilaporkan berkata perjanjian itu menetapkan Mahathir dan isterinya, Wan Azizah Wan Ismail akan berundur daripada jawatan perdana menteri dan timbalan perdana menteri apabila tiba masa kelak.

“Soal transisi saya sudah ulang. Pertama, bukan terletak kepada Port Dickson (Anwar) dan Langkawi (Mahathir).

“Ini soal perjanjian yang telah ditermeterai pada 7 Januari 2018, ditandatangan oleh semua pimpinan (PH) tapi tidak ditandatangani presiden Umno (Zahid),” kata Anwar. – FMT

Kategori