Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Produk Makanan Tradisional Budu...

TUMPAT - Produk makanan tradisional budu yang lazimnya dipasarkan di dalam botol kini...

Suhakam Sokong Cadangan Hapus...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengalu-alukan cadangan menghapuskan hukuman...

Kakak Dakwa Doktor Cuai...

ALANGKAH hancurnya hati apabila bayi yang dikandungkan selama sembilan bulan meninggal dunia disebabkan...

Korea Utara Lepaskan Tembakan...

SEOUL - Korea Utara melepaskan tembakan meriah ketika latihan ketenteraan di sebuah pulau...

MSM Jual Tanah Perlis Kepada F & N Pada Harga RM156 Juta

KUALA LUMPUR – Pengeluar gula halus MSM Malaysia Holdings Bhd. sedang melupuskan tanah pertanian seluas 4,453.92 hektar di Chuping, Perlis kepada Fraser & Neave Holdings Bhd. pada harga RM156 juta. 

Cadangan penjualan itu, yang dilaksanakan melalui proses tender terbuka yang bermula pada Januari 2019, merupakan sebahagian daripada usaha rasionalisasi aset MSM bagi membuka dan merealisasikan nilai aset bukan teras, katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini. 

Walaupun terdapat jangkaan kerugian sebanyak RM1.76 juta daripada penjualan itu, lembaga pengarah MSM percaya bahawa penjualan itu dibuat bagi kepentingan terbaik kumpulan memandangkan tanah tersebut walaupun, menjana pendapatan tetapi ia memerlukan komitmen kewangan yang tidak mapan disebabkan kos operasi bagi mengekalkan aktiviti perladangan adalah sangat tinggi, kata syarikat itu dalam satu kenyataan media.

MSM, merupakan sebuah anak syarikat milik 51 peratus FGV Holdings Bhd., hari ini memeterai perjanjian jual beli dengan unit Fraser & Neave, F&N AgriValley Sdn. Bhd. untuk menjual sembilan petak tanah pegangan pajakan yang dikenali sebagai Ladang Chuping. 

F&N AgriValley bercadang untuk menggunakan tanah itu, yang kini dipakai bagi penanaman getah, kelapa sawit dan mangga kepada penternakan lembu tenusu dan aktiviti yang berkaitan. 

MSM, yang melaporkan kerugian bersih belum diaudit sebanyak RM74.39 juta dalam separuh tahun pertama berakhir 30 Jun 2019, berkata kumpulan akan menggunakan hasil daripada jualan tanah bagi pembayaran balik pinjaman bank dan tujuan modal kerja.


“Fokus kami adalah untuk mewujudkan dan menyampaikan nilai dalam bidang kepakaran kami. Bagi mencapai objektif ini, kami akan terus melupuskan aset bukan teras untuk membuka kunci nilai dan memastikan pengurusan serta sumber kewangan komited kepada perniagaan teras kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM, Datuk khairil Anuar Aziz. 

Melangkah ke hadapan, beliau berkata MSM akan memberi tumpuan kepada peningkatan kecekapan ke atas kos penapisan yang lebih rendah, membuat pelbagaian ke dalam produk gula yang memiliki nilai tambahan untuk eksport, memperbaiki kedudukan kewangan dan mempercepatkan pertumbuhan strategik melalui kerjasama komersil dengan peneraju industri yang bereputasi untuk membuka jalan ke arah penembusan pasaran antarabangsa.

Dalam maklumannya kepada bursa, Fraser & Neave Holdings berkata ia memperoleh tanah tersebut untuk meneroka perniagaan susu segar huluan. 

Pengambilalihan itu akan membolehkan syarikat mengurangkan pengimportan susu luar negara dan menggalakkan industri pertanian tempatan.

Kategori