Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PM Najib Tiba Untuk...

KOTA KINABALU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini,...

Ubat Gigi Bersihkan Kerak...

LONDON - Ubat gigi bukan sahaja membersihkan gigi daripada sisa makanan dan bau...

KKM Komited Wajibkan Suntikan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan berputus asa dalam usaha untuk...

Hanya Warga Nepal Dibenar...

PUTRAJAYA - Hanya pengawal keselamatan warga Nepal dibenarkan bekerja dengan syarikat kawalan keselamatan...

Netizen Lancar Kempen #BoycottFoodpanda #UninstallFoodpanda

SHAH ALAM – Ramai netizen kini melancarkan kempen #boycottfoodpanda dan #UninstallFoodPanda di media sosial kerana berang kenyataan pengarah urusan Foodpanda Malaysia, Sayantan Das.

Sayantan memberitahu, syarikatnya tiada masalah dengan mogok yang dilakukan oleh pekerjanya.

“Jika penghantar tidak mahu kerja, tolong berikan atau tukar awak punya syif pada penghantar lain sebab awak menjejaskan kehidupan mereka,” katanya.

Kemelut tercetus selepas syarikat berkenaan melaksanakan skim pembayaran baharu bermula pada 30 September lalu.

Bayaran bekerja mengikut jam dimansuhkan dengan menggantikan bayaran setiap pesanan dinaikkan antara RM4.50 hingga RM7 berkuatkuasa kepada semua penunggang di luar Lembah Klang.

Pelaksanaan skim pembayaran baharu itu mendapat bantahan penghantar makanan Foodpanda hingga mereka melakukan mogok yang turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.


Ada juga netizen yang menyifatkan kenyataan pengarah Foodpanda itu sebagai angkuh dan sepakat melancarkan boikot terhadap syarikat itu.

Kempen #boycottfoodpanda dan #UninstallFoodPanda menjadi trending di Twitter, hari ini.

Netizen juga membuang aplikasi Foodpanda daripada telefon pintar mereka.

Kata Ilaa, “Saya sudah, anda bila lagi? Jom lakukannya #boycottfoodpanda #UninstallFoodPanda.” – Sinar Harian

Kategori