Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Percaya Diri Halimunan, Lelaki...

GARA-GARA terpedaya dengan kata-kata dukun, seorang lelaki percaya dia menjadi halimunan lalu bertindak...

Import Telur Dari India...

PUTRAJAYA - Mengimport telur dari India hanyalah langkah sementara untuk menampung permintaan iaitu...

KKMM, RTM Tambah Baik...

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bekerjasama...

Real Madrid Juara UEFA...

REAL Madrid menjulang trofi UEFA Super Cup 2016 telah mendapat gelaran ketiga di pertanding...

Netizen Mohon Maaf Kepada Rita Rudaini

KUALA LUMPUR – Pelakon Rita Rudaini akhirnya menarik nafas lega selepas dua individu yang menulis komen berniat jahat terhadap dia dan anak-anaknya di media sosial tampil membuat permohonan maaf di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya malam tadi.

Rita berpuas hati selepas kedua-dua lelaki itu memberikan kerjasama dengan hadir dan membuat permohonan maaf secara terbuka seperti yang dituntutnya minggu lalu.

“Mereka hadir bersemuka dengan saya atas kesilapan mereka sendiri. Melalui percakapan yang direkod, kedua-duanya mengakui kesilapan berdasarkan komen yang ditulis di akaun Instagram dan Facebook saya.

“Saya berharap permohonan maaf mereka ikhlas dan tidak akan buat lagi. Biar perkara ini menjadi pengajaran kepada semua,” kata ibu tunggal itu.

Bagaimanapun, peguam Rita, Mohd. Syakirin Syazwan Mohd. Nayan berkata, anak guamnya itu masih mempertimbangkan tindakan saman terhadap dua lelaki terbabit iaitu Ahmad Najib Mat Arif, 38, dan Haidz Ahmad Mustaffa, 39, bergantung kepada kesan yang ditinggalkan terhadapnya.

“Isu ini tidak akan terhenti di sini sebab ia sudah menular di semua platform media sosial sehingga anak-anak Rita pun ditanya dengan pelbagai soalan termasuklah status mereka.


“Walaupun kedua-dua mereka sudah membuat permohonan maaf dan bersemuka sendiri dengan Rita, tetapi atas faktor harga diri, kerjaya dan kesan ke atas anak guam saya harus mempertimbangkan semula tindakan saman malu ke atas mereka,” katanya.

Dua individu berkenaan tiba di perkarangan balai polis kira-kira pukul 8.30 malam dengan memakai pakaian serba hitam serta berseluar jean.

Kedua-dua lelaki berkenaan hadir bersemuka dengan Rita dan mengakui kesilapan mereka menulis komen yang menjatuhkan reputasinya.

Pada 21 Oktober lalu, pelakon Rita Rudaini membuat laporan polis terhadap seorang pengguna laman Instagram yang mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya di Balai Polis Kota Damansara, Selangor kira-kira pukul 2.30 petang. – mStar Online

Kategori