Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Murid Darjah 2 Juara...

IPOH - Walaupun baru berusia 8 tahun, adik Reeno Chin telah berjaya mengharumkan...

Demam Denggi: 2,051 Kes,...

Kota Bharu : Kelantan merekodkan 2,051 kes denggi dengan dua kematian dilaporkan sepanjang...

Peguam Negara Putuskan Tiada...

KUALA LUMPUR - Pejabat Peguam Negara memutuskan tiada tindakan akan diambil terhadap Menteri...

Ramai ‘Datuk Palsu’ Takut...

PETALING JAYA - Gara-gara kegiatan menjual dan membeli anugerah, gelaran atau darjah kebesaran...

Pejabat PM Nafi Mahathir Terlibat Dalam Komik Propaganda

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohmad tidak pernah terlibat dalam penerbitan komik ‘Inisiatif Jalur Dan Jalan–Meraih Manfaat Bersama’ atau mengetahui isi kandungan komik yang tular di media sosial.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini turut menafikan dakwaan mengatakan komik itu adalah hadiah rasmi daripada Dr. Mahahir kepada Presiden China, Xi Jinping.

“Tertera gambar Dr. Mahathir dalam komik berkenaan dengan keterangan yang menyebut komik ini dihadiahkan kepada Presiden Xi Jinping oleh Perdana Menteri sendiri semasa pertemuan dua hala sewaktu di Forum Jalur dan Laluan untuk Kerjasama Antarabangsa kedua.

“Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa buku ini bukan hadiah rasmi semasa pertemuan tersebut dan ia dibawa tanpa melalui prosedur dan saluran yang betul.

“Dr. Mahathir juga tidak pernah memberi persetujuan agar gambar beliau diguna pakai untuk apa-apa tujuan atau memberi kebenaran agar komik tersebut diedarkan di sekolah,” katanya.

Kategori