Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Telur Purba 2,500 Tahun...

BANDAR SHANGXING - Sepasukan ahli arkeologi China menemui satu tembikar tanah liat besar...

Siasatan Ke Atas Doktor...

PUTRAJAYA - Siasatan ke atas seorang doktor yang bergambar sambil menunjukkan isyarat 'peace'...

Kod Tata Amalan Sektor...

PUTRAJAYA - Pelaksanaan kod tata amalan bagi sektor komunikasi dan telekomunikasi dalam negara...

Malaysia Tak Perlu Tunjuk...

KUCHING - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) mempunyai urusan dalaman sendiri yang perlu ditangani...

Pekerja Restoran Didakwa Miliki 4 Majalah IS

IPOH – Seorang pekerja restoran didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memiliki empat majalah berunsur kegiatan keganasan dengan kumpulan pengganas Islamic State (IS) Mei lalu.

Hafiz Othman, 42, dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Jalan Malim Nawar, Kampung Changkat Baru, Malim Nawar, di Kampar pada jam 2.30 petang, 18 Mei lalu.

Tertuduh didakwa memiliki empat majalah iaitu Dabiq – Kembalinya Fitrah; Dabiq – The Flood; Dabiq – Panggilan Untuk Hijrah dan Al Mustaqbal – The Last War (Malhamah al-Kubro).

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut peruntukan sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Izhanuddin Alias di hadapan Hakim Norashima Khalid manakala tertuduh diwakili peguam, Mohamad Asif Mohd Nor.


Tertuduh mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan terhadapnya, bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Pihak pendakwaan kemudian memohon kepada mahkamah untuk memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk dibicarakan dan dibenarkan oleh mahkamah.

Tertuduh pada 30 Mei lalu didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang kerana didakwa pergi ke Wilayah Sinai Mesir dari Malaysia melalui Kaherah dengan niat melakukan aktiviti pengganas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Gate C1 Terminal Satelit KLIA pada jam 6.05 petang pada 17 Mei 2019 dan dituduh mengikut Seksyen 130JA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan. – BH Online

Kategori