Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Polis Johor Pantau 46...

JOHOR BAHARU - Polis akan meningkatkan pemantauan di 46 lokasi yang kerap berlaku...

54,824 Calon Peperiksaan UPKK...

PUTRAJAYA - Seramai 54,824 calon peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) 2017 mendapat...

Kikis Persepsi Pertanian Kerjaya...

TUARAN - Rakyat Sabah perlu mengikis persepsi bahawa pertanian adalah kerjaya orang bawahan...

3,140 Kes Covid-19 Hari...

PETALING JAYA: Sebanyak 3,140 kes Covid-19 dilaporkan hari ini menunjukkan peningkatan berbanding 2,589...

Pembangkang Gesa Kerajaan Kekalkan Nilai Ambang Rumah

KUALA LUMPUR – Pembangkang menggesa kerajaan mengekalkan nilai ambang hartanah kepada warga asing pada RM1 juta dan tidak diturunkan kepada RM600,000 seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2020.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (UMNO-Bera) berkata, inisiatif tersebut dilihat hanya menguntungkan pemaju.

“Sepatutnya pemaju akan turunkan harga apabila unit-unit ini tidak terjual tetapi sekarang, harganya akan dilambung lebih tinggi agar boleh dilepaskan kepada warga asing,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 di Dewan Rakyat hari ini.

Inisiatif berkenaan juga dibimbangi akan menyebabkan pemaju tidak lagi berminat membina rumah-rumah mampu milik, sebaliknya tertumpu untuk membangunkan kediaman bernilai RM600,000 ke atas.

Ismail Sabri mencadangkan agar kerajaan melihat kepada contoh yang diamalkan oleh pentadbiran Hong Kong yang mengenakan cukai 200 peratus dari nilai cukai tahunan kepada hartanah yang tidak terjual.

“Ini adalah alternatif yang lebih baik untuk mengawal lebihan hartanah yang tidak terjual sekali gus, memastikan bahawa pemaju membina rumah mengikut keperluan dan permintaan, bukannya berdasarkan keuntungan dan ketamakan,” katanya.


Sementara itu, Ismail Sabri juga menuntut jaminan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa inisiatif subsidi petrol bersasar tidak akan menaikkan tambang pengangkutan awam pada tahun hadapan sehingga membebankan golongan B40 yang tidak memiliki kenderaan dan bergantung kepada pengangkutan awam.

Inisiatif berkenaan dilihat meminggirkan golongan berkenaan yang berdepan kemungkinan kenaikan harga pengangkutan awam berikutan pengapungan harga minyak.

“Jika ini berlaku, maka golongan B40 yang tidak mempunyai kenderaan sendiri ini ibarat jatuh ditimpa tangga. Sudahlah tidak berpeluang menerima subsidi minyak bersasar kerana tidak mempunyai kenderaan sendiri, terpaksa pula bergelut dengan tambang pengangkutan awam yang akan naik,” katanya.

Kategori