Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pembedahan Jantung Ayah Punca...

KUALA LUMPUR - Penyanyi Anuar Zain mendedahkan pengalaman yang dilalui ketika pembedahan jantung...

Polis Sita 117 Motosikal...

BUKIT MERTAJAM - Sebanyak 117 buah motosikal disita polis kerana pelbagai kesalahan lalu...

Tiga Lelaki Disyaki Penculik...

SEMPORNA - Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun akan mengadakan sidang akhbar...

Teruja Melampau, Isteri Gigit...

SEORANG lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan pada salah satu testikal...

Pemilihan Wakil MCA Hasil Penyelidikan Akar Umbi

KUALA LUMPUR – Pemilihan calon MCA untuk mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai diputuskan berdasarkan hasil penyelidikan dilakukan di peringkat akar umbi.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata penentuan sama ada UMNO atau MCA yang lebih sesuai bertanding di PRK itu melalui proses rundingan dan penelitian panjang.

“(Pemilihan calon) tidak (dibuat) dari awal, tetapi rundingan itu kita buat panjang, kita hantar jentera untuk menyelidik di akar umbi.

“Kita ada perbincangan yang unik. Sebab dulu hanya ada Barisan Nasional (BN), kini ada PAS. Kena ambil kira juga pandangan PAS,” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau menganggap masalah kekecewaan yang dihadapi ahli dan jentera UMNO satu perkara biasa dan yakin boleh ditangani dengan baik.

“Itu perkara biasa. Setiap kali pemilihan calon, ada perbezaan pendapat. Kali ini saya faham dengan hasrat UMNO yang mahukan calon UMNO. Mereka sudah sampaikan hasrat itu.


“Kita bincang panjang lebar dan akhirnya sudah sampai konsensus dan kita rasakan adalah penting, prinsip asas dan perjuangan parti mesti diutamakan.

“Selepas bincang panjang, kita setuju bawa Datuk Seri Wee Jeck Seng mewakili BN,” katanya.

BN semalam mengesahkan, Jeck Seng yang juga Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai, dipilih calon BN pada PRK Parlimen Tanjung Piai yang menetapkan hari mengundi 16 November ini.

Ditanya BN turut menampilkan calon kitar semula, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh menjelaskan ia bukan masalah besar. – BH Online

Kategori