Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pertubuhan Pro-Pakatan Bantah Isu...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pro-Pakatan Harapan mahu semua isu membabitkan agama Islam dengan...

Kerajaan Tidak Campur Tangan...

PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, kerajaan tidak campur tangan terhadap siasatan...

Aktiviti Nelayan Labuan Terjejas...

LABUAN - Aktiviti penangkapan ikan para nelayan terjejas kerana keadaan laut yang bergelora...

Kereta Peronda Polis Terbabas...

BAGAN SERAI - Dua anggota polis terselamat apabila sebuah kereta peronda polis yang...

Penumpang Teksi Meningkat Selepas Lesen PSV Dikuat Kuasa

PETALING JAYA – Pengasas dan penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn. Bhd., Shamsubahrin Ismail mendakwa berlaku peningkatan dalam permintaan perkhidmatan teksi selepas tindakan diambil terhadap pemandu e-panggilan yang gagal memperoleh lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV).

Beliau berkata, perubahan sambutan pengguna itu dapat dilihat dalam permintaan terhadap perkhidmatan teksi di Kuala Lumpur.

“Bukan sahaja di KL Sentral, malah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC).

“Dulu pernah jatuh di KLCC, tetapi sekarang boleh dapat 500 hingga 800 trip sehari. Itu di KLCC sahaja, tempat lain tak masuk,” katanya kepada FMT.

Sebelum ini dilaporkan, hanya 41% pemandu Grab mempunyai lesen PSV manakala 24% lagi masih dalam status menunggu.

Pada 9 Oktober, Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook berkata, tindakan penguatkuasaan terhadap pemandu e-panggilan yang gagal memiliki lesen PSV bermula 12 Oktober ini tidak akan ditangguhkan.

Loke menambah pemeriksaan ke atas kenderaan akan dibuat secara ansur-ansur.

Dalam pada itu Shamsubahrin berkata, peningkatan bukan sahaja melibatkan permintaan pengguna, tetapi juga dalam permohonan daripada pemandu e-panggilan untuk menyertai syarikat teksinya.

“Lebih kurang 30 hingga 80 pendaftaran (pemandu e-panggilan) yang diterima setiap hari bermula sebelum 12 Oktober dan masih berterusan hingga kini.

“Mereka mula buka mata dan percaya bahawa mengambil penumpang dengan harga yang terlalu rendah tidak dapat menjamin kedudukan kewangan untuk menyelengara dan menanggung kos operasi sebagai pemandu e-panggilan,” katanya.

Shamsubahrin berkata, penumpang lebih gemar menggunakan perkhidmatan teksi dengan menggunakan kiraan harga tambang bermeter.

Sementara itu Yang Dipertua Gabungan Teksi Malaysia, Kamarudin Mohd Hussain berkata, peningkatan jumlah penumpang yang dialami hanyalah antara lima hingga 10%.


Mengenai permohonan untuk menyertai perkhidmatan teksi pula tidak sampai lima peratus.

Kamarudin bagaimanapun masih tidak yakin perkhidmatan teksi akan kembali mendapat sambutan.

“Ini memandangkan info yang kami terima daripada ‘mata-mata’ (pemandu) kami di seluruh negara. Terdapat ramai pemandu e-panggilan yang masih beroperasi walaupun mereka masih tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan seperti pemeriksaan Puspakom,” katanya.

Kamarudin mendakwa masih ada kenderaan e-panggilan yang menggunakan kenderaan berusia lebih tiga tahun dan tidak mempunyai pelekat Puspakom dengan menggunakan aplikasi Grab.

“Keadaan ini membuktikan bahawa Grab masih membenarkan pemandu kenderaan yang tidak sah terus beroperasi menggunakan aplikasi mereka,” katanya.

Kamarudin juga kecewa dengan kenyataan Loke bahawa tiada penguatkuasaan secara besar-besaran akan dilakukan terhadap kenderaan e-panggilan.

“Ini satu kenyataan yang benar-benar membuktikan beliau membuat pusingan U secara senyap.

“Sepatutnya beliau tidak lagi berkompromi terhadap pemandu yang tidak mematuhi peraturan.

“Semua kenderaan yang tidak memathui peraturan harus dihentikan tepat pada jam 12 tengah malam 12 Oktober tetapi apa yang belaku adalah sebaliknya,” katanya. – FMT

Kategori