Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Thierry Henry Bakal Ditawar...

THIERY Henry bakal menjadi pengurus baharu Aston Villa dan pemain kelab itu, John...

Tuduhan Perlu Dibawa Ke...

KOTA BAHARU - Setiap tuduhan yang dilemparkan oleh mana-mana pihak perlulah dibawa ke...

Larangan Rentas Negeri, Daerah...

KUALA LUMPUR - Kerajaan melarang aktiviti rentas daerah dan negeri sepanjang tempoh Perintah...

Pencemaran Sungai Selangor: 8...

KUALA LUMPUR - Lapan lelaki termasuk seorang pengarah syarikat membaiki dan menjual jentera...

Perlawanan MU Tidak Disiar Di Saluran Kartun

KUALA LUMPUR – Bertenang penyokong Manchester United! 

Perlawanan melibatkan juara Liga Perdana Inggeris 20 kali itu tidak akan disiarkan menerusi saluran Cartoon Network seperti yang tular dalam media sosial. 

Penafian tersebut dibuat oleh pihak Astro menerusi Facebook Stadium Astro susulan tular kenyataan berbentuk pengumuman yang mengatakan perlawanan melibatkan skuad Reds Devil akan disiarkan di saluran 616.

Kenyataan itu tular sejurus selepas United tumpas 1-0 kepada Newcastle United awal pagi tadi, sekali gus memberikan permulaan musim terburuk buat mereka dalam tempoh 30 tahun. 

Skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer hanya mengutip sembilan mata daripada lapan perlawanan liga setakat ini untuk meletakkan mereka di tangga ke-12, hanya dua mata dipisahkan dari zon penyingkiran. 

Saingan Liga Perdana akan berehat hampir dua minggu untuk memberi laluan kepada perlawanan antarabangsa dan bakal disambung semula pada 20 Oktober, yang menyaksikan United menerima kunjungan musuh ketat, Liverpool di Old Trafford. – UTUSAN ONLINE

Kategori