Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Bekalan Makanan Cukup Untuk...

BERA - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini, memberi jaminan bekalan...

Sikap Penting Diri Akhirnya...

China – Sesal tiada berguna...seorang lelaki yang enggan membantu seorang wanita tua yang...

RELA Mohon Siasat Keputusan...

PUTRAJAYA — Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) hari ini membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

4,358 Akaun Media Sosial...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan terhadap...

PH Tak Pernah Jual Tanah Milik Kerajaan – Guan Eng

PUTRAJAYA – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak pernah membuat sebarang penjualan tanah milik kerajaan walaupun wujud dakwaan menyatakan sebaliknya.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, sejak PH mengambil alih tampuk pentadbiran pada Mei 2018, tiada tanah milik kerajaan Persekutuan dijual kepada mana-mana pihak.

Beliau sebaliknya berkata, lebih RM4 bilion tanah milik kerajaan dijual pentadbiran terdahulu antara 2010 hingga 2017.

“Malah, kebanyakan penjualan tanah milik kerajaan yang berlaku dalam tempoh tersebut dilakukan secara rundingan terus dan bukannya secara tender terbuka.

“Para pemimpin pentadbiran lalu secara berterusan menuduh kerajaan PH menjual tanah dan aset kerajaan harus menghentikan dakwaan mereka yang tidak berasaskan fakta serta diakui bahawa ini merupakan satu amalan lazim kerajaan dianggotai mereka dahulu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Guan Eng turut menekankan bahawa urusan penyahlaburan dan pelupusan bukan teras dan bukan kritikal aset negara berada di bawah kuasa Jabatan Perdana Menteri.

“Ia bertujuan untuk mengimbangkan kembali portfolio kerajaan dan menjajarkan kembali peranan sektor awam,” katanya.

Kategori