Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Terowong Genting Sempah Hala...

KUALA LUMPUR - Terowong Genting Sempah hala timur akan ditutup kepada lalu lintas...

Pasukan Tugas Khas Ditubuh...

KUALA LUMPUR - Satu pasukan petugas khas ditubuhkan serta merta bagi menyiasat insiden...

Tahanan Diberkas Semula Selepas...

HULU TERENGGANU - Seorang tahanan yang meloloskan diri daripada pengawasan polis sejak dua...

Mohd. Reza Kini Panglima...

KUALA LUMPUR - Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany dilantik sebagai Panglima Tentera...

PH Tidak Pernah Berjanji Hapuskan Tol – Mahathir

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) diminta meneliti keseluruhan manifesto pilihan raya yang dijanjikan parti itu sebelum mengemukakan janji pilihan raya terhadap rakyat.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, janji-janji terkandung dalam manifesto pilihan raya ditawarkan PH telah buat secara teliti tidak pernah mengemukakan janji memansuhkan tol.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir menegaskan janji itu telah diambil sebagai salah satu janji manifesto pilihan raya terdahulu yang menyebabkan ia menjadi modal kecaman parti pembangkang.

“Banyak lagi manifesto pilihan raya PH lain yang tidak diteliti secara menyeluruh (oleh wakil rakyat PH) dan kadangkala kita terlalu teruja berjanji sehingga akhirnya menjadi mangsa kecaman parti pembangkang.

“Berdasarkan keseluruhan manifesto PH, kita sudah mencapai 60 peratus daripada apa yang dijanjikan sebelum ini.

“Walaupun begitu, ada pecahan yang tidak dicapai sepenuhnya dan ada yang sudah capai 100 peratus,” katanya pada program Temu Rapat Bersama Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Warisan Formula 2020: Selangkah ke hadapan bersama Pakatan-Warisan di The Saujana Hotel, di sini malam ini.


Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.

Terdahulu, Dr. Mahathir mengakui PH kini menjadi menjadi mangsa kepada manifesto mereka sendiri yang diumumkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Menurutnya, beliau berfikir PH akan kalah dalam PRU14 lantas mereka meletakkan janji yang susah untuk dilaksanakan dalam manifesto mereka bagi memerangkap kerajaan terdahulu. – Sinar Harian

Kategori