Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

4.2 Juta Daftar Sertai...

PUTRAJAYA - Sebanyak 4.2 juta rakyat Malaysia berdaftar untuk menyertai 17,648 acara yang...

Momen Daki Jabal Nur...

JABAL Nur hanya sebuah gunung dengan ketinggian 200 meter. Terletak enam kilometer di...

Agong Santuni Gelandangan Di...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

UMNO, BN Perlu Menang...

JOHOR BAHRU : UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menang besar pada Pilihan...

Polis Panggil Zainal Berkait Ucapan Di Kongres Maruah Melayu

GEORGE TOWN – Polis akan memanggil ketua penganjur Kongres Maruah Melayu, Zainal Kling untuk disoal siasat berhubung ucapan berbaur perkauman dalam himpunan pada Ahad lalu yang menyasarkan orang bukan Melayu.

“Siapa saja akan dipanggil untuk beri keterangan dalam masa terdekat. Kadang-kadang kita bertolak ansur, mereka kata minggu ni dia sibuk, minggu depan boleh?” kata Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador di luar sebuah acara di jeti polis marin di Batu Uban hari ini.

“Jadi, kita akan ambil kenyataan mereka,” katanya ketika ditanya mengenai perkembangan terkini berhubung satu laporan polis yang dibuat sebuah badan bukan kerajaan berpangkalan di Pulau Pinang terhadap Zainal.

Hamid bagaimanapun tidak memberikan butiran individu lain yang akan turut dipanggil polis.

Menurut laporan, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan penyalahgunaan perkhidmatan internet di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kategori