Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Kedai Emas Dirompak Rugi...

Kajang : Pemilik kedai emas yang dirompak empat 'pengawal keselamatan' bersenjata di sebuah...

Jualan 11.11 Catat Jualan...

HANGZHOU - Gergasi e-perdagangan, Alibaba Group Holdings Inc mengumumkan jualan bagi Hari Tunggal...

Peserta Miss Tourism International...

KUALA LUMPUR: Seramai 58 peserta Miss Tourism International 2014 dibawa bersiar-siar di sekitar...

Ringgit Rendah Berbanding Dolar...

KUALA LUMPUR - Ringgit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan...

Polis Perak Siap Sedia Hadapi Pilihan Raya Negeri

IPOH – Polis Perak bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan pilihan raya termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya sedang memantapkan setiap pegawai dan anggotanya menerusi latihan dalam perkhidmatan (LDP) dan Unit Tempur Ringan (LSF).

“Kita memang bersedia bila-bila masa (PRN) dan setakat ini kita dalam proses LDP dan LSF bersama pegawai-pegawai lain yang diadakan secara berterusan.

“Bagaimanapun kita tidak nampak perkara ini (PRN) berikutan dua ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) DAP hanya letak jawatan dalam parti dan bukannya keluar parti. Ia masih lagi kerajaan negeri dan ahli DAP,” katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Bulanan Kontinjen Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kemungkinan berlakunya PRN selepas timbul ura-ura beberapa ADUN kerajaan mahu meninggalkan parti dan mengisytiharkan diri selaku wakil rakyat bebas.


Semalam, Sinar Harian melaporkan tular surat bertarikh 23 September itu dinyatakan satu lawatan awal tapak akan dilakukan ke sekolah-sekolah berkenaan yang dijadikan pusat mengundi di Perak pada 1 September hingga 30 November 2019.

Bagaimanapun, Pengarah Pilihan Raya Perak, Mohd Nazri Ismail menyatakan bahawa surat kebenaran itu dimohon sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lanjutan daripada pendaftaran automatik bagi pengundi berusia 18 tahun. – Sinar Harian

Kategori