Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mira ‘Pindah’ Nona, Juliana...

TAHUN 2018 ini nampaknya kita bakal menyaksikan banyak wajah baharu pengacara dalam kebanyakan...

Pelajar Lemas Selepas Ambil...

BESUT - Seorang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 lemas di kawasan...

Ramai Pemimpin UMNO Jadi...

JOHOR BAHRU - Tindakan pemimpin UMNO Sabah keluar parti menunjukkan ternyata tatkala UMNO...

Salleh Man Perlu Jujur...

GEORGE TOWN - Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Jahara...

Polis, Tentera, Penolong Pendaftar Mahkamah Lalok

SERAMAI 47 individu termasuk 19 anggota polis ditahan dalam operasi di pusat hiburan di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, hari ini.

Operasi oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Pengarah JIPS, Datuk Zamri Yahya berkata, serbuan kira-kira 1 pagi itu turut menahan 26 individu lain termasuk tentera dan penolong pendaftar mahkamah.

“Lapan daripada 19 anggota polis didapati positif dadah. Kami turut merampas beberapa paket lutsinar dipercayai mengandungi dadah.

“Semua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Zamri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12 (2)/(3) dan Seksyen 15 (1) akta sama.

“Selain tindakan undang-undang, JIPS akan mengambil tindakan tatatertib terhadap 19 anggota polis berkenaan kerana ingkar perintah mengunjungi pusat hiburan walaupun Ketua Polis Negara sudah mengeluarkan arahan larangan kepada semua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya. – myMetro Online

Kategori