Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Zahid ‘Simpati’ Dengan Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan 'simpati'...

Kena Cekup Ketika Judi...

Kota Tinggi : Seramai 43 lelaki termasuk 16 warga asing ditahan selepas disyaki...

Malaysia Jumpa Vietnam Di...

PETALING JAYA - Pasukan Malaysia berdepan dengan Vietnam di pentas akhir Piala AFF...

Kematian Ke-24 Akibat Covid-19...

PUTRAJAYA - Satu lagi kematian dilaporkan di Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis...

PRK Parlimen Tanjung Piai 16 November

PUTRAJAYA – Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor akan diadakan pada 16 November, umum Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun.

Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 2 November manakala pengundian awal akan diadakan pada 12 November, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bagi membincangkan tarikh-tarikh penting bagi PRK berkenaan di ibu pejabat SPR di sini hari ini.

PRK Tanjung Piai perlu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr. Md. Farid Md. Rafiq, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 Sept lepas berikutan komplikasi jantung.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Dr Md Farid, seorang pakar bius, daripada Pakatan Harapan-Bersatu memenangi kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti 524 undi.

Allahyarham yang juga Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Tanjung Piai memperolehi 21,255 undi menewaskan Datuk Seri Wee Jeck Seng (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS). Wee memperolehi 20,731 undi manakala Nordin, 2,962 undi.

Kategori