Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Beberapa Lagi Keluarga MH17...

KUANTAN - Beberapa lagi keluarga mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 diterbangkan...

Grab MLA Citations of...

Grab MLA Citations of Websites Employing Modern Automatic MLA Citation Website, Fabulous, Online...

Lim Guan Eng Ditangkap...

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilaporkan 'ditahan' Suruhanjaya...

Rafiq Cipta Sejarah Tuai...

PALEMBANG - Pemain boling negara, Muhammad Rafiq Ismail mencipta sejarah sebagai pemain lelaki...

Reman Suspek Kes Mayat kerat 8 Disambung

MELAKA – Lelaki warga Singapura yang disyaki terlibat dalam kes penemuan lapan bahagian tubuh mayat manusia, dipercayai milik lebih daripada seorang individu, di kawasan semak Kampung Ladang, Krubong di sini, disambung reman selama tujuh hari sehingga 25 Oktober ini.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Mohd Anuar Ostadi mengeluarkan perintah reman itu, selepas membenarkan permohonan polis terhadap lelaki tersebut, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Pada 10 Oktober lepas, polis menemui sekurang-kurangnya lapan bahagian badan manusia lebih daripada seorang individu yang tidak lengkap, berselerakan di kawasan tersebut dipercayai menjadi mangsa bunuh.

Sabtu lepas, Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim dilaporkan berkata polis tidak menolak kemungkinan penemuan lapan bahagian tubuh manusia, dipercayai mangsa bunuh adalah milik dua beranak yang tular di media sosial sejak 11 Oktober lalu.

Susulan itu, seorang lelaki warga Singapura ditahan, dengan kerjasama polis Singapura dan suspek diserahkan kepada pihak polis Malaysia bagi membantu siasatan.

Sebelum ini suspek direman tujuh hari bermula 12 Oktober lepas.

Kategori