Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Zahid Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan...

Cucu Saloma Tuntut Royalti...

CUCU kepada Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma iaitu Arzanee Armalie, 37, menuntut...

5 Sekeluarga Maut Dalam...

NGERI... Kemalangan di Jalan Oya, Sibu membabitkan lima buah kenderaan mengakibatkan lima sekeluarga...

Jumlah Mendaftar Dengan Tabung...

BALING - Jumlah mereka yang mendaftar untuk menunaikan haji terus bertambah walaupun terdapat...

Sanrio Hello Kitty Town Di Johor Bakal Tutup

JOHOR BAHRU – Mungkin ini berita sedih kepada peminat Hello Kitty di Malaysia kerana Taman Tema Sanrio Hello Kitty Town di Johor bakal ditutup sepenuhnya hujung tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Cik Liow Cai Tung berkata, penutupan taman tema tersebut mulai 1 Januari 2020 tidak akan memberi kesan ke atas jumlah pelancong yang datang ke negeri tersebut.

“Saya yakin penutupan itu akan hanya membawa kesan kecil kepada kempen Melawat Johor Tahun 2020 (bermula pada 1 Januari) dan tidak akan menjejaskan keseluruhan ketibaan pelancong ke negeri ini.

“Kerajaan negeri tidak bergantung kepada satu jenis produk pelancongan,” katanya yang juga Exco Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Johor.

Difahamkan taman tema yang dibuka pada 2012 dan menelan belanja sehingga RM110 juta itu mengalami kerugian besar kerana masalah penjualan tiket.

Sementara itu, menurut laporan Hangat.com, selepas beroperasi selama tujuh tahun, Taman Tema Sanrio Hello Kitty ditutup kerana jumlah pengunjung yang datang tidak mencapai sasaran.

Kategori