Sunday, December 15, 2024

Creating liberating content

BN Optimis Mampu Pertahan...

POKOK SENA - Barisan Nasional (BN) optimis mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri...

Pamer Plat Palsu, Kelindan...

KUALA LUMPUR - Seorang kelindan lori didenda RM5,500 atau tiga bulan penjara oleh...

‘Batalkan Valet Doa’ –...

PERKHIDMATAN 'doa makbul' yang ditawarkan syarikat Valet Doa adalah sama sekali tidak menepati Islam...

Langgar Lampu Merah Saman...

KLANG - Sebanyak 1,129 saman dikeluarkan oleh polis Selangor hari ini dalam Operasi...

Skim MySalam Dan PeKa B40 Diperluas

KUALA LUMPUR – Skim perlindungan MySalam akan diperluaskan mulai 1 Januari 2020 kepada tiga kategori antaranya ke atas 45 penyakit kritikal termasuk penyakit terminal dan polio berbanding 36 penyakit sedia ada.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ia juga diperluaskan kepada individu berusia sehingga 65 tahun berbanding dengan 55 tahun sebelum ini yang akan memberi manfaat tambahan kepada 1.5 juta individu.

“Ketiga, individu yang mempunyai pendapatan kasar tahunan sehingga RM100,000 mereka akan menerima bayaran penyakit kritikal sebanyak RM4,000 dan bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari apabila didiagnos dan dimasukkan ke hospital kerajaan.

“Ini akan memberi manfaat kepada lima juta individu,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2020 di sini hari ini.

MySalam merupakan skim perlindungan kesihatan takaful percuma yang diperkenalkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk 4.3 juta individu sekiranya menghidapi penyakit kritikal atau dimasukkan ke hospital.


Guan Eng turut mengumumkan Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40) dilancarkan bagi menyediakan pemeriksaan dan intervensi awal bagi mengesan penyakit tidak berjangkit seperti kesihatan mental serta kanser untuk mereka yang berusia antara 50 hingga 60 tahun.

“Setakat ini, 100,000 individu telah memperoleh manfaat daripada inisiatif ini. Mulai tahun hadapan, kerajaan akan memperluaskan liputan PeKa B40 kepada individu yang berumur 40 tahun dan ke atas,” katanya.

Kategori