Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Briged Hijau Bakal Diwujud...

MUAR - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bakal mewujudkan Briged Hijau di...

Jerebu Tidak Begitu Serius...

KUALA LUMPUR - Indonesia hari ini memberi jaminan jerebu rentas sempadan tahun ini...

PM Sertai Pertandingan Golf...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bermain golf...

Selamatkan MAS Bukan Kejanggalan...

KUALA LUMPUR - Menyumbat kebocoran adalah antara langkah yang boleh menyelamatkan Malaysia Airlines...

SOSMA Masih Ada Dan Boleh Digunapakai – Mahathir

PETALING JAYA – “SOSMA masih ada dan dalam undang-undang boleh digunapakai, kita akan guna.”

Itu tegas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengulas kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menganggap tindakan polis menggunakan SOSMA (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012) menyiasat kes kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE)  yang membabitkan dua wakil rakyat DAP sebagai terlalu keras.

Anwar yang juga Presiden PKR sebelum itu menganggap akta itu sebagai drakonian dan berkata ia perlu dipinda kerana kuasa yang diberikan kepada polis secara berlebihan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu menjelaskan partinya juga membantah peruntukan yang ada dalam SOSMA sebelum ini.

Dalam pada itu, Mahathir juga mengulangi kenyataannya yang berpuashati dengan tindakan yang diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kumpulan pengganas LTTE di negara ini.


Perdana Menteri menjelaskan, beliau telah diberi taklimat oleh pihak berkuasa itu mengenai penahanan seramai 12 individu termasuk dua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP.

“Saya dapat taklimat daripada polis sebab-sebab mereka ambil tindakan dan berpuas hati dengan tindakan mereka,” katanya Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan MYINDUSTRIES 2019 sempena Persidangan Antarabangsa 4.0 di SEGi University hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan mengenai kenyataan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Keganasan (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay agar pemimpin kerajaan tidak mengeluarkan komen berunsur politik dalam kes LTTE.

Kategori