Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Hentian Bas Di Singapura...

SINGAPURA - Ketika penduduk Singapura gembira tiada lagi masalah jerebu dari Indonesia, tanpa...

112 Saman Dikeluarkan Dalam...

KEMAMAN - Sebanyak 112 saman dikeluarkan pihak polis dan agensi penguatkuasa lain ke...

Maut Kena Bilah Mesin,...

BONGKAR... Kementerian Pendidikan mendapati ada kecuaian di pihak kontraktor pembersihan dan pengurusan sekolah...

LATAR Edar 1,000 Kad...

KUALA LUMPUR – Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR) akan mengedarkan sebanyak 1,000 kad Touch...

SPM 2019 Bermula 14 Oktober, 416,416 Calon Mendaftar

PUTRAJAYA – Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 akan berlangsung dari 14 Oktober hingga 28 November ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini, seramai 416,416 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu pada tahun ini di 3,313 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Peperiksaan berlangsung dalam dua fasa iaitu fasa pertama dari 14 Okt sehingga 17 Oktober manakala fasa kedua dari 5 November sehingga 28 November, kata kementerian itu.

“Seramai 32,423 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan,” kata kementerian itu.

Calon SPM 2019 terdiri daripada calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan iaitu sebanyak 357,010 atau 85.8 peratus; calon Sekolah di bawah Agensi Kerajaan selain KPM (8,320 atau 2.0 peratus).

Calon Sekolah Menengah Agama Negeri (8,317 atau 2.0 peratus); calon Sekolah Menengah Agama Rakyat (2,209 atau 0.5 peratus); calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM (14,203 atau 3.3 peratus) dan calon persendirian seramai 26,357 atau enam peratus.


Semua calon diingatkan agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk mendapatkan maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan tersebut berlangsung.

Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di www.lp.moe.gov.my.

Calon turut diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan dengan lancar.

Kategori