Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Sengsara Disengat Lebih 100...

KOTA BHARU - "Saya hanya mampu menjerit meminta tolong sebelum melarikan diri," kata...

Remaja Cedera Di Serang...

NEW SOUTH WALES – AUSTRALIA. Seorang remaja dilaporkan diserang seekor jerung ketika menangkap...

Ahmad Faizal Sedia Beri...

IPOH - Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersedia beri kerjasama kepada...

Khas Kepada Penyokong JDT...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mengeluarkan...

Sukar Tunai Manifesto Bukan Alasan – Gerakan

KUALA LUMPUR – Selepas 16 bulan, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akhirnya didakwa mengakui Pakatan Harapan (PH) memperdaya para pengundi menerusi manifesto-manifesto yang mustahil pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, kenyataan Perdana Menteri itu secara tidak langsung membuktikan Kerajaan PH adalah pemerintah yang menipu.

“Mereka memenangi kuasa politik negara pada PRU-14 menerusi janji-janji yang tidak logik dan sukar dilaksanakan semata-mata ingin memperdaya rakyat.

“Saya hargai pengakuan Dr. Mahathir tetapi kenyataan Perdana Menteri itu membuktikan bahawa rakyat Malaysia secara kolektif telah ditipu dalam PRU-14 oleh sekumpulan ahli politik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas Dominic, bagaimanapun PH dan Dr. Mahathir tidak boleh menjadikan kesukaran melaksanakan janji-janji itu sebagai alasan.

“Oleh kerana PH berjaya memperdaya para pengundi, mereka mesti juga menunaikan segala janji tersebut kepada orang ramai walau apa cara sekali pun,” katanya.


Dalam perkembangan sama, beliau mengingatkan Dr. Mahathir supaya tidak campur tangan dalam urusan dalaman kerajaan China dengan menyarankan pemimpin eksekutif Hong Kong, Carrie Lam meletak jawatan.

“Kerajaan China akan membuat keputusan mengenai peletakan jawatan Carrie Lam dan Dr. Mahathir perlu menunaikan janji menyerahkan kuasa sebagai Perdana Menteri dalam tempoh dua tahun,” katanya.

Semalam, Dr. Mahathir mengakui kerajaan sukar menunaikan manifestonya termasuk janji untuk memansuhkan beberapa undang-undang yang drakonian atau keterlaluan. – UTUSAN ONLINE

Kategori