Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Lelaki Masukkan Gelas Minuman...

MACAM-MACAM hal. Seorang lelaki Itali telah melakukan perbuatan bodoh dengan memasukkan gelas minuman...

Mumbai Haramkan Selfie, Susulan...

NEW DELHI - Pihak berkuasa Mumbai telah mengambil langkah drastik dengan mengharamkan selfie...

Tersangkut Di Pokok Petai...

GOMBAK - Seorang lelaki tersangkut di atas pokok petai semasa terlibat dalam program...

Dua Remaja Wanita Antara...

BAGAN SERAI ā€“ Dua remaja wanita masing-masing berusia 19 tahun dan seorang pemandu...

Syed Saddiq Tak Bincang Mogok Foodpanda Dalam Kabinet

KUALA LUMPUR – Pendirian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung skim pembayaran baharu bagi penghantar makanan, Foodpanda tidak pernah dimaklumkan kepada Kabinet Pakatan Harapan (PH).

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kenyataan Ahli Parlimen Muar itu sama sekali tidak mewakili pendirian Kerajaan PH.

Bagaimanapun, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu yakin Syed Saddiq mempunyai sebab-sebab tertentu mengeluarkan kenyataan sedemikian.

ā€œItu pendapat dia, dia tidak bincang dalam Kabinet langsung.

ā€œItu bukan pendirian kerajaan, mungkin dia ada sebab kenapa dia buat kenyataan itu,ā€ katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Syed Saddiq yang juga Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu menerusi akaun Twitter miliknya mengingatkan syarikat perkhidmatan penghantaran makanan, Foodpanda Malaysia supaya tidak angkuh.


ā€œSebagai korporat, mereka dibangunkan oleh pekerja atau pengguna dan boleh dijatuhkan oleh pekerja atau pengguna.

“Keangkuhan bukan jalan penyelesaian. Hanya sokong korporat yang adil kepada pekerja dan pengguna,” katanya.

Kenyataan itu susulan Pengarah Urusan Foodpanda, Sayantan Das membayangkan syarikat itu tiada masalah dengan mogok penghantar terhadap skim pembayaran baru mereka.

Kategori