Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kapal Tentera Laut Algeria...

PELABUHAN KLANG - Kapal Tentera Laut Algeria, El Fatih, yang baharu sahaja selesai...

Ibu Sebak Wakili Ketua...

Gugur air mata seorang ibu ketika berdiri menerima Ijazah milik anaknya, Azrina Yaakob...

Annuar Musa Yakin UMNO...

KOTA KINABALU - Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa yakin UMNO...

Cikgu Pukul Cikgu Berebut...

MELAKA : Seorang guru didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas...

Tahanan LTTE Dibenar Bertemu Ahli Keluarga – KPN

KUALA LUMPUR – Kesemua 12 individu yang ditahan kerana disyaki ada kaitan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dibenar bertemu ahli keluarga pada sambutan perayaan Deepavali ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, 12 individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Melaka dan Negeri Sembilan itu dibenar bertemu ahli keluarga di pusat tahanan.

“Polis akan benarkan keluarga terdekat untuk berjumpa dengan tahanan sempena sambutan perayaan Deepavali. Keluarga boleh berbuat demikian di tempat di mana tahanan ditempatkan,” katanya kepada pemberita di Masjid Bukit Aman hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi yang menempatkan kesemua12 individu itu ditahan.

Sejak Isnin, beberapa ahli keluarga tahanan berhimpun di hadapan Bukit Aman sebagai protes dan menggesa polis membebaskan tahanan bagi menyambut perayaan Deepavali.


Mengulas mengenai perkembangan siasatan kes itu, Abdul Hamid berkata, kertas siasatan telah dihantar ke pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Polis sedang tunggu maklum balas dari (pejabat) Peguam Negara…siasatan berhubung kes itu masih berjalan,” katanya.

Sebelum ini, 12 individu itu ditahan selama 28 hari mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan tempoh 28 hari itu dijadual berakhir pada 6 dan 8 November ini, bergantung pada tarikh penahanan mereka iaitu pada 10 dan 12 Oktober lalu.

Kategori