Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

SPRM Kesan 2 Individu...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua individu bagi membantu...

“Saya Ada Jutaan Ringgit,...

KUALA LUMPUR - Tiada sebab untuk menggelapkan wang milik pemain dram Yazit Ahmad...

Pecah Masuk Rumah: 2...

KAMPAR - Dua sahabat, masing-masing dihukum penjara 46 bulan oleh Mahkamah Majistret di...

Pelancong Wuhan Mangsa Ke-19...

PUTRAJAYA - Seorang pelancong dari Wuhan, China yang merupakan anak kepada kes ke-16...

“Tak Apalah Jika Ramasamy Tak Puas Hati” – Mahathir

KUALA LUMPUR – Biarpun bertentangan dengan pendirian Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah perlu atas faktor keselamatan.

Perdana Menteri berkata, semua pihak perlu menerima hakikat polis terpaksa menggunakan akta terbabit kerana keadaan adalah berbeza.

“…kita bukan nak tangkap orang ikut suka, sewenang-wenangnya. Saya sudah dapatkan penjelasan daripada polis berhubung tindakan yang mereka ambil.

“Kalau P Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang) tak puas hati, tidak apalah, dia kata tak puas hati tetapi hakikatnya benda ini berlaku dan ada sebab ia berlaku,” katanya selepas menyempurnakan Ekspo Peralatan Perubatan Malaysia (MEDEX) 2019 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Beliau mengulas kenyataan Ramasamy yang mendakwa penggunaan akta seperti SOSMA membabitkan penahanan individu berkaitan kumpulan pengganas Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE) tidak selari dengan pendirian PH sebelum ini. – BH Online

Kategori