Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Zul Ariffin ‘Show Off’...

NAMPAKNYA tidak sia-sia usaha pelakon kacak Zul Ariffin selama ini berkerja keras membina...

2 Polis Cedera Kereta...

SANDAKAN - Dua anggota polis cedera selepas kereta peronda dinaiki mereka berlanggar dengan...

Ku Li Dakwa Konon...

SHAH ALAM – UMNO perlu melakukan ‘pembersihan’ dan ‘pembaikan’ seperti dituntut masyarakat bagi...

Lelong Cenderamata Perkahwinan Harry...

CLAIRE Oliver merupakan antara individu bertuah yang dijemput sebagai tetamu pada majlis perkahwinan...

Mahathir Beri Gambaran Lagi Banyak Kategori Kena SST

PETALING JAYA – Kenyataan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad mengenai penambahbaikan cukai SST memberi gambaran lebih banyak kategori barang atau perkhidmatan akan dikenakan cukai, kata Datuk Seri Najib Razak.

Bekas perdana menteri itu berkata ini bukan kali pertama gabungan pemerintah, Pakatan Harapan melakukannya supaya hasil SST akan lebih tinggi daripada hasil GST.

Beliau berkata selepas SST bermula pada 1 Sept 2018, kastam pada 31 Dis tahun sama “secara senyap-senyap” umumkan empat lagi kategori akan termasuk dalam cukai SST, berkuatkuasa 1 Mac tahun ini.

Ia membabitkan perkhidmatan pengendalian taman hiburan, penyediaan pembrokeran dan penaja jaminan, pembersihan serta penyediaan latihan dan tunjuk ajar.

“Akibatnya, kanak-kanak ke taman tema, mereka yang basuh baju di dobi, mereka yang pergi kursus atau tuisyen dan mereka yang beli saham dan banyak servis lain lagi dikenakan cukai,” kata Najib di Facebook hari ini.

Perdana menteri di Dewan Rakyat hari ini yakin pulangan cukai melalui SST akan melebihi jumlah kutipan GST pada masa depan apabila ianya diurus dengan baik dan selepas pelaksanaannya ditambah baik.


Najib bagaimana berkata kenyataan itu jelas menunjukkan matlamat kerajaan.

“Mereka mahu rakyat membayar lagi banyak cukai dalam bentuk SST berbanding GST,” katanya.

“Ini tak penting kerana selama nilai cukai dibayar tak nampak dalam resit dan cukai itu tak telus, ‘raykat’ tetap gembira,” tambahnya. – FMT

Kategori