Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Penggunaan Internet Isi Rumah...

KUALA LUMPUR - Peratusan capaian isi rumah kepada internet telah meningkat kepada 91.7...

ATM Rampas Ketum Seberat...

KUALA NERANG - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi pasukan Batalion Ke-2 Rejimen Renjer...

Agong Sempurna Pemasyhuran Bandaraya...

KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan...

Jong-Un Arah Makanan Enak...

SEOUL - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, mahu anggota tentera diberi makanan lebih...

Tanah Runtuh Di Laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands

IPOH – Tanah runtuh dilaporkan berlaku di laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands, tengah malam tadi, menyebabkan satu lorong terpaksa ditutup.

Kejadian membabitkan laluan Jalan Persekutuan FT 185 sepanjang 100 meter dengan kedalaman 20 meter yang dikesan kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Susulan itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kinta dan syarikat konsesi, Belati Wangsa (M) Sdn Bhd, melakukan pemantauan di lokasi terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari, dalam satu kenyataan di sini, hari ini, berkata beliau akan mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian itu daripada pihak JKR.

“Saya meminta pemandu berwaspada apabila melalui kawasan terbabit, apatah lagi jumlah kenderaan bertambah pada hujung minggu.

“Pihak berkaitan mengambil tindakan segera bagi membendung kejadian buruk daripada berlaku,” katanya. – BH Online

Kategori