Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pindaan 2 Akta Bukan...

PUTRAJAYA - Cadangan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Suruhanjaya Komunikasi...

Polis Rampas Mesin Judi...

MIRI - Polis merampas pelbagai peralatan komputer serta mesin digunakan untuk perjudian dalam...

Lindungi Kanak-Kanak: Britain Akan...

KUALA LUMPUR - Britain menyuarakan kesediaannya untuk meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam bidang perisikan...

Suspek Bunuh Ibu Tidak...

BALIK PULAU - Lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan warga emas yang...

Tarif Air: Kenaikan Sehingga 0.71 Sen Bagi Setiap 1,000 Liter

KUALA LUMPUR – Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) Air dijangka dilaksanakan tahun depan, tidak akan membebankan isi rumah berpendapatan rendah.

Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, berkata mekanisme itu bagaimanapun hanya akan dilaksanakan selepas mendapat kelulusan Kabinet.

Pelaksanaan TSM mencadangkan pelarasan tarif minimum membabitkan kenaikan antara 0.06 sen hingga 0.71 sen bagi setiap 1,000 liter, lebih rendah berbanding bayaran utiliti lain seperti elektrik, gas dan telekomunikasi.

“Bagi menjamin supaya pelaksanaan TSM tidak membebankan isi rumah berpendapatan rendah, kerajaan akan memastikan kenaikan minimum dilakukan kepada jalur penggunaan antara 0-20 meter padu.

“Ini kerana penggunaan air dalam jalur itu adalah mewakili 47.8 peratus pengguna domestik di Malaysia,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menjawab soalan Datuk Mansor Othman (PH-PKR Nibong Tebal) mengenai langkah kerajaan memastikan pelaksanaan tarif baru air tidak membebankan rakyat.

Purata kadar tarif air ketika ini adalah RM1.38 bagi setiap 1,000 liter berbanding kos sebenar RM2.31 bagi setiap 1,000 liter.

“Tarif yang tidak melambangkan kos sebenar ini melemahkan kemampuan kewangan operator air dan berisiko menjejaskan kualiti perkhidmatan kepada pengguna,” katanya. – BH Online

Kategori