Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

“Perakam Video Cuba Lakukan...

SATU rakaman video ‘pergaduhan’ membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Batu, Norhizam Hassan...

Kluster Baharu Tapak Pembinaan...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu iaitu di tapak...

Skuad Skuasy Wanita Mampu...

JAKARTA - Ratu skuasy Malaysia Datuk Nicol David yakin pasukan wanita negara mampu...

MRT Fasa Pertama Mula...

KUALA LUMPUR - Fasa pertama projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan 1 Sungai...

Tawaran Akhir Kepada Penduduk Kampung Baru Minggu Depan

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan membuat tawaran baharu kepada pemilik tanah Kampung Baru bagi menyelesaikan kemelut pelan pembangunan kampung itu, kata Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad.

Tawaran berkenaan yang bakal diumumkan minggu depan disifatkan sebagai yang terakhir oleh kerajaan, susulan perbincangan yang dibuat menteri itu dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, minggu lalu.

“Susulan itu juga, satu mesyuarat dengan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PKB) akan diadakan minggu ini sebelum tawaran terkini itu dibuat kepada pemilik dan waris tanah terbabit.

“Kita akan tepati tempoh sebulan yang dijanjikan sebelum ini untuk mempertimbangkan semula tawaran harga yang pernah ditawarkan,” katanya di sini, hari ini.

Kerajaan sebelum ini menawarkan kepada pemilik tanah Kampung Baru untuk membeli tanah mereka pada harga RM850 sekaki persegi. Pada tawaran itu, pemilik lot seluas 8,000 kaki persegi dijangka meraih sekitar RM6 juta.


Walaupun berdasarkan maklum balas yang diterima menunjukkan lebih 90 peratus pemilik dan waris tanah Kampung Baru bersetuju dengan tawaran harga sebelum ini, kebanyakan mereka hanyalah pemilik bersama yang berkongsi lot tanah bersama tujuh hingga 10 pemilik lain.

Kerajaan juga akan berbincang dengan Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) untuk menangani masalah itu dalam memastikan pembangunan Kampung Baru dapat diteruskan.

Kerajaan akan berbincang dan memujuk pemilik tanah untuk menerima tawaran yang dibuat selain memahami apa sebenarnya yang mereka inginkan susulan kerajaan berpendapat isu itu perlu segera diselesaikan. – BH Online

Kategori