Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

How to Produce a...

Writing an ideal composition demands an essay outline. If you would like to...

Kuasa Netizen ‘Bawang’, Kontrak...

DEK kuasa netizen mulut 'bawang' berikutan isu rumah tangga melanda pelakon, Izreen Azminda...

Ben Ali Dedah Farid...

PENAHANAN pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil masih lagi mengejutkan para peminat dan...

Perhilitan Kelantan Pindah Gajah...

JELI - Jabatan Perlidungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan hari ini...

Tawaran Kediaman Warga Asing Hanya Setahun – Zuraida

KUALA LUMPUR – Cadangan menurunkan had harga kondominium dan pangsapuri di bandar yang boleh dibeli warga asing daripada RM1 juta kepada RM600,000 bakal dilaksana untuk tempoh setahun sahaja.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, ia hanya melibatkan 3,938 unit kediaman seumpama itu yang belum terjual.

“Ini merupakan cadangan untuk satu tahun sahaja, dari Januari hingga Disember tahun depan untuk pangsapuri dan kondominium di bandar.

“Ia juga untuk rumah yang dah siap, bukan rumah yang belum siap. Ada spekulasi pemaju akan buat rumah lagi (untuk pembeli warga asing). Ini tidak masuk akal kalau Jabatan Perumahan Negara hendak meluluskan perkara demikian,” katanya.

Zuraida berkata demikian semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 di Dewan Rakyat hari ini bagi pihak kementeriannya.


Zuraida berkata, pelaksanaan cadangan itu diharap dapat memulihkan sedikit kedudukan kewangan pemaju agar mereka boleh terus terlibat dalam pembinaan rumah mampu milik.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan langkah itu semasa pembentangan Belanjawan 2020 bagi membantu mengurangkan lambakan unit kondominium dan pangsapuri yang tidak terjual bernilai RM8.3 bilion pada pada suku kedua 2019.

Zuraida meminta semua pihak tidak risau kerana jumlah pemilikan rumah oleh warga asing bagi tempoh Januari hingga Jun lalu amat rendah iaitu 398 orang (0.4 peratus) berbanding pemilikan oleh rakyat Malaysia iaitu 99,524 orang (99.6 peratus).

Kategori