Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pistol, Senjata Api Tiruan...

KUALA LUMPUR – Polis menemui sepucuk pistol dan tujuh laras senjata api dipercayai...

Moderna Tawar 2 Vaksin...

WASHINGTON : Moderna Inc (Moderna) memaklumkan ia sedang membangunkan dua jenis vaksin COVID-19...

Wanita Terkena Peluru Yang...

FUJIAN – Wang Kao, 26, sedang berjalan balik ke rumahnya apabila tiba-tiba dia...

DAP Melampau Cuba Samakan...

KUALA LUMPUR - DAP bersikap melampau dalam keghairannya mahu meraih merit politik daripada...

Thailand Alami Musim Sejuk Hingga Januari

BANGKOK – Thailand diramal mengalami musim sejuk dalam beberapa bulan akan datang hingga pertengahan Januari 2020, dipengaruhi faktor cuaca China.

Suhu di Bangkok dijangka mencapai paras 15 hingga 17°C, manakala beberapa bahagian di utara Thailand seperti Chiang Rai, Sakhon Kakhon dan Nakhon Phanom diramal serendah 7 hingga 9°C, menurut laman sesawang Thai PBS World.

Cuaca sejuk itu tidak pernah berlaku di rantau ini.

Pada tahun 2016, gelombang sejuk merentasi Asia Timur menyebabkan suhu Januari di Bangkok jatuh serendah 16°C.

Hampir 90,000 orang terkandas di pulau peranginan Jeju, Korea Selatan Jeju selepas rekod jumlah penurunan salji mencatat rekod hingga penerbangan terpaksa dibatalkan.

Di Jepun pula, lima orang terbunuh dan 100 orang lagi cedera manakala di Taipei merekodkan suhu serendah 4°C dengan 90 kematian akibat sejuk. – Agensi

Kategori