Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jadikan Sukan Budaya Ke...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat Malaysia menjadikan...

GRO Ditahan Ketika Leka...

Melaka : Seramai 17 wanita warga asing disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO)...

Stacy Akui Masih Belajar,...

SELEPAS hampir setahun memeluk agama Islam sebelum mendirikan rumah tangga bersama Akim Ahmad,...

DRB-HICOM Jual 11% Kepentingan...

KUALA LUMPUR - DRB-HICOM Bhd. menjual 11 peratus kepentingan dalam Motosikal dan Enjin...

Tunjukkan Duitnya, Kadir Beritahu Pembida PLUS

PETALING JAYA – Penasihat media Dr. Mahathir Mohamad, A Kadir Jasin berkata, pihak yang berminat membeli PLUS Malaysia Berhad hendaklah membuktikan kesungguhan mereka dengan mendepositkan RM500 juta ke dalam akaun kerajaan.

Kadir berkata, wang itu akan dikembalikan kepada mereka selepas Putrajaya membuat keputusan mengenai pihak yang berjaya mengambil alih konsesi lebuh raya yang dimiliki oleh Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Cakap, cakap, janji kosong tiada nilai. Tunjukkan kepada kerajaan dan rakyat duitnya,” kata beliau di Facebook.

Semalam dilaporkan taikun Halim Saad menjadi pihak terbaru yang menyertai persaingan untuk menguasai syarikat tersebut, dengan membuat tawaran usaha sama dengan ahli perniagaan Wong Gian Kui untuk membeli pegangan 51 peratus yang dimiliki Khazanah pada harga RM5.2 bilion.

Ini berikutan langkah gergasi pembinaan Bumiputera Widad Business Group, firma ekuiti persendirian Hong Kong yang dimiliki rakyat Malaysia, RRJ Capiral dan Maju Holdings Sdn. Bhd. mengesahkan telah membuat tawaran masing-masing.


Lebuh raya yang terlibat dalam pengambilalihan Lebuhraya PLUS adalah Lebuhraya Lintasan Kedua, Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Utara Selatan Lingkaran Tengah, Lebuhraya Butterworth-Kulim dan Lebuhraya Seremban-Port Dickson.

Kerajaan berkata, ia akan mengkaji mana-mana tawaran untuk mengambil alih PLUS sekiranya ia memenuhi keperluan negara dan memberi manfaat kepada pengguna dengan kadar tol lebih rendah. – FMT

Kategori